,
Hiburan

Melly Goeslaw Sifatkan M Nasir ‘Berlian Harta Karun’ Malaysia, Seniman Sejati – “Saya Terharu Dia Hadir Ke Konsert Saya Yang Pertama”

Khairil Khusyairi
12/08/2024
06:55 MYT
Penyanyi dan komposer Melly Goeslaw menyifatkan penyanyi legenda Datuk M Nasir adalah sebuah permata yang berharga buat industi muzik Malaysia.

Kagumi Karya Sifu

Kata Melly, dia sangat mengagumi karya-karya yang diciptakan M Nasir yang hidup tanpa ditelan waktu dan zaman.

“Setiap bangsa memiliki berlian, berlian yang merupakan harta karun sebuah bangsa. Dato M Nasir adalah salah satu harta karun negara Malaysia.

“3000 lagu sudah dia ciptakan. Saya sangat suka dengan diksi-diksinya.
“Puitis, kadang straight to the point, dan banyak pula lirik yang bersayap dan mengandungi erti lebih mendalam,” tulisnya.

Seniman Yang Disegani

Kongsi pelantun lagu Jika itu, Melly berasa terharu apabila maestro muzik itu pernah hadir menonton konsertnya yang pertama dahulu sekaligus membuktikan M Nasir adalah seorang seniman yang dihormati.

“Di usia 67 tahun beliau tidak pernah merasa diri sebagai senior dan seniman besar.

“Saya terharu saat beliau hadir ke konsert saya yang pertama. Menunjukan bahawa beliau memiliki jiwa yang luas untuk respect terhadap sesama seniman.
“Semalam saya menantikan lagu Isabella dibawakan, salah satu lagu yang besar di Indonesia yang di ciptakan oleh M Nasir dan saat tu di nyanyikan oleh Amy Search. Tapi lagu itu tak di bawakan semalam.
“Saya pun berfikir, hanya seniman besar yang boleh melakukan itu; ‘tidak harus membawakan semua lagu hits nya dalam konsertnya’,” kongsinya.
Tambah Melly, dia juga teruja apabila M Nasir mendendangkan lagu kegemarannya di pentas Konsert Cipta M Nasir yang berlangsung Sabtu lalu.
“M Nasir mengajarkan saya bahawa karisma mengalahkan segalanya. Lighting , visual dan tata panggung yang keren yang di suguhkan oleh @iconentertainmentmy menjadi pendamping yang memanjakan mata kita dan menyempurnakan penampilan dato.

“Namun seorang M Nasir berdiri di ruang kosong pun magnetnya sudah sangat besar.

“Itulah seniman sejati, yang karyanya meresap kedalam darah dan dagingnya hingga memancar pada auranya.
“Sekali lagi selamat untuk konsertnya semalam, terima kasih sudah bawakan lagu kesukaan saya iaitu Suatu Masa, lagu yang menurut saya liriknya sangat indah.

"Lilin diri takkan padam, seandainya engkau adalah sumbunya” tutup Melly.

ARTIKEL BERKAITAN: PMX Kagum Dengar Kehebatan Suara Emas M Nasir, Terkesan Lagu Tribute Buat Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: M Nasir Sambut Hari Lahir PMX Di Konsert - “Saya Bukan Bagi Kek,Tapi Pulut Kuning”

ARTIKEL BERKAITAN: M. Nasir Anggap Jay Jay Sebagai Hero – “Kemahirannya Sungguh Luar Biasa”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Komposer Ooi Eow Jin Meninggal Dunia

gempak
18/09/2024
11:16 MYT
Komposer dan pemuzik terkenal, Datuk Ooi Eow Jin meninggal dunia akibat sakit tua pada petang Rabu.
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.