HIBURAN
Melly Goeslaw Mengaku ‘Buat Muka’ : “Baru Satu Bulan Jadi Masih Bengkak”
Pesohor industri hiburan Indonesia Melly Goeslaw akhirnya mengaku telah melakukan pembedahan plastik pada wajahnya selepas peminat terkejut melihat penampilan terkininya yang cukup berbeza.
BERITA TRENDING: "Segar & Sihat"- Dah Turun 30kg Melly Goeslow Mahu Turun Lagi 2kg Untuk...
Menerusi perkongsian di media sosial, Melly mengaku pada dasarnya dia tidak berhutang penjelasan kepada sesiapa mengenai tindakannya melakukan pembedahan plastik pada wajah kerana ia dilakukan dengan duitnya sendiri tanpa hutang.Namun dia mengambil keputusan berkongsi berita tersebut untuk memberitahu melakukan pembedahan plastik iaitu facelift (tegang wajah) tersebut hanya di Indonesia. Bukan ‘terbang’ ke Turki atau Korea Selatan seperti yang disangka banyak pihak.
“Bahagia adalah saat melakukan operasi wajah tanpa tajaan. Jadi tidak punya hutang dengan sesiapa.
“Kalau saya kongsikan sekarang semata cuma mahu bilang bahawa saya lakukan pembedahan tidak di Korea, Turki, atau negara apalagi yang biasa dikunjungi orang untuk operasi.
"Saya lakukan ini di Indonesia, bayar pakai duit sendiri. Tidak susahkan siapa-siapa,” tulis isteri Anto Hoed itu.
BERITA TRENDING: [VIDEO] Melly Goeslow Terharu Nuha & Naufal Nyanyi Balik Lagu 'Jika' Versi Bahasa Arab! - "Masya-Allah Indah Sekali"
Melly juga memberitahu dia baru satu bulan melakukan pembedahan plastik pada wajahnya.“Oh, iya. Saya belum sebulan melakukan ini dan hari raya kelima sudah takbiran di rumah ayah.. Hari ke-13 udah terbang tugas ke Uzbek, dan sekarang tugas ke Serawak Malaysia," lanjutnya.
Oleh kerana usia pembedahan tersebut baru berusia sebulan, Melly mengaku dia masih membatasi gerak wajah seperti belum bisa tersenyum hingga membuka lebar mulutnya.
"Meski masih bengkak, belum bisa ketawa, makan juga agak sukar. Tapi kegiatan tetap berjalan normal. Tidak ada yang berkurang dari kegiatan saya setelah facelift. Saya tetap menghadiri semua undangan dengan wajah yang masih bengkak,” katanya lagi.
BERITA TRENDING: Turun 9 Kilogram Dalam Tempoh 2 Bulan, Ini Rahsia Melly Goeslow
Menurut Melly dia bukan seorang yang cepat ambil pusing tentang perubahan fizikal seseorang.“Saya berteman dengan siapapun bukan karena orang itu mancung atau pesek, gemuk atau kurus. Jadi Alhamdulillah teman-teman saya pun menerima apa adanya setiap penampilan saya," beritahu Melly.
Sebelum melakukan pembedahan plastik pada wajah, Melly juga berjaya menurunkan berat badan dengan banyak.
Must-Watch Video