,
Laman Utama

#MEGASPONTAN2023 : Langkataksuka Terima Kekalahan, Anggap Bukan Rezeki Punca Tersingkir - “Mungkin Dari Segi Pemarkahan Itu Kami Agak…”

Asyikin Mayudin
11/06/2023
07:55 MYT
Menjadi kumpulan pertama tersingkir di minggu keempat Mega Spontan 2023 pada Jumaat lalu, lima anggota Langkataksuka iaitu Roy Azman, Naim Daniel, Faradhiya, Mark Adam dan Ijat Habart menerima kekalahan mereka.
Menurut Naim yang juga seorang penyanyi, mereka sudah lakukan yang terbaik namun tewas disebabkan kurang dari segi jumlah markah terkumpul sejak minggu pertama.
“Menang atau kalah itu adat bertanding dan juga kami di sini walaupun berbeza kerajaan tetapi semangat kesatuan itu tetap sama la. Penyingkiran ini berdasarkan markah yang dikumpulkan dari minggu pertama.
“Mungkin Langkataksuka ini salah satu kumpulan yang masih ‘underdog’… kejap panas, kejap cool down. Mungkin dari segi pemarkahan itu, kami agak kurang sikit la. Tapi tak apa, it is a good game la,” kata Naim kepada Gempak.
Sebagai ketua kumpulan, pelakon Roy Azman juga berkata mereka sudah mencuba sedaya upaya namun rezeki tidak berpihak kepada Langkataksuka.
“Saya berbangga dengan team Langkataksuka, kami dari awal lagi tercorot tapi kami bangun minggu seterusnya. Minggu ketiga kami terlepas (hukuman) dan ada segmen yang kami menang.
“Jadi, kami dah cuba sedaya upaya kami. Lagipun benda ini terserah kepada rezeki juga,” kata Roy pula.
Mega Spontan 2023 dihoskan oleh Sherry Alhadad manakala Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai pengacara bersama untuk menanyakan soalan-soalan panas kepada setiap kumpulan.
Turut disertakan barisan mentor yang digalas Zizan Razak yang mewakili kerajaan Majakelat, Douglas Lim untuk kerajaan Campaktakjauh, Sabri Yunus untuk kerajaan Langkataksuka serta Kamal Adli untuk kerajaan Srivijanda.
Gerak-geri setiap pemain pula akan dinilai oleh Datuk Afdlin Shauki sebagai Game Master.
Afdlin akan menentukan peraturan setiap permainan serta mempunyai kuasa mutlak dalam pemilihan pemenang, hukuman buat kumpulan yang tercorot dan pemberian Immuniti kepada pemain mahu pun kumpulan.
Minggu keempat menyaksikan kerajaan Srivijanda masih berada pada kedudukan pertama manakala Langkataksuka ditempat terakhir menyebabkan mereka memasuki Bilik Mega Merenjis sekaligus menjadi kumpulan pertama tersingkir.
Mega Spontan bersiara secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang setiap Jumaat, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan fleksible, strim rancangan ini melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
kilauan-emas

Roy Azman Kongsi Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Akui Cuba Penuhkan Segala Keinginan Isteri

gempak
12/09/2024
07:55 MYT
Pelakon dan penyampai radio, Roy Azman, berkongsi petua kebahagiaan dalam rumah tangga.
Hiburan

Risau Kes Jenayah Banyak Berlaku, Mark Adam Beri Pesanan - “Jangan Berjalan Sorang-Sorang, Paling Baik Jangan Keluar Malam”

gempak
19/08/2024
06:25 MYT
Penyanyi, Mark Adam menasihatkan orang ramai terutamanya remaja supaya mengambil langkah berjaga-jaga demi menjaga keselamatan diri.
Hiburan

Roy Azman Sebak, Angah Raja Lawak Ambil Keputusan Berhenti Jadi Penyampai Radio SINAR - “Saya Perlukan Kerja, Saya Memang Nak…”

gempak
31/07/2024
02:55 MYT
Pelawak Angah mengambil keputusan untuk berhenti daripada tugas sebagai penyampai radio SINAR atas faktor masalah kesihatan yang dihadapinya.
Hiburan

Awie Makan Durian Pakai Sudu, Netizen Terhibur Bila Roy Azman Sempat ‘Membahan’ - “Pertama Kali Tengok Macam ini…”

gempak
15/07/2024
03:55 MYT
Perkongsian video di TikTok pelakon Roy Azman yang memperlihatkan penyanyi rock Malaysia iaitu Awie makan buah durian menarik perhatian wargamaya di laman sosial.
kaharkaplahighcouncil

Kahar Kapla High Council

gempak
11/06/2024
12:58 MYT
Jom! Jom! Jangan tunggu last minute untuk korang join Peraduan Lesen High Council