gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
Bukan Sekadar Mengajar, Guru Wanita Ibu Kedua Di Sekolah
BERITA
Makkah Dilanda Pencemaran Debu, Jemaah Dinasihat Pakai Pelitup Muka
BERITA
"Kaji Semula Had Umur Persaraan Kepada 65 Tahun" - Azalina
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Mega!!! Baru Tayang Semalam, Mat Bond Malaya Duduki Tangga #1 Carta Filem Top 5 Astro First

gempak
Amri Hassan
21/07/2021
07:03 MYT
Sponsor Banner
Mega!!! Baru Tayang Semalam, Mat Bond Malaya Duduki Tangga #1 Carta Filem Top 5 Astro First
Baru sahaja semalam ditayangkan, filem arahan pertama Nabil Ahmad, Mat Bond Malaya kini menduduki carta nombor satu filem top 5 Astro First.
Perkara terbabit diumumkan menerusi hantaran akaun Instagram Astro Shaw dan Astro First pada Rabu.
Mat Bond Malaya sekali gus menumpaskan juara bertahan Jangan Takut, Kau Takut Aku Pun Takut yang kini berada di kedudukan kedua.
Ia disusuli filem Sabda Kekasih, The Ghoul: Horror at the Howling Field dan Arwah Pak Mat, Lif & AJK.
View this post on Instagram
A post shared by Astro First (@astrofirst.official)
Mat Bond Malaya dibintangi juara Gegar Vaganza 2019, Naqiu (Boboy) dan Elizabeth Tan.
Filem Mat Bond Malaya mengisahkan tentang Mat yang ingin menjadi seorang ejen perisik di M6. Dengan bantuan ibunya, dia berjaya bekerja di M6, tetapi sebagai ‘office boy’. Pada masa yang sama, dia mula menyukai salah seorang ejen jelita bernama Bondi. Mat telah dicabar oleh G untuk mengambil gambar bersama Bondi.
Namun Mat tidak berjaya dan disebabkan kalah dalam pertaruhan, Mat terpaksa menjadi pembantu peribadi kepada G dalam menguruskan bahagian penyamaran identiti. Satu hari dunia telah digemparkan dengan serangan virus zombie yang disebarkan oleh Dr Ebel.
Ramai yang terkena virus tersebut termasuklah ejen-ejen di M6 dan Bondi. Mat tiada pilihan melainkan dan perlu mencari penawar bagi menyelamatkan semua orang sebelum virus tersebut merebak ke seluruh dunia.
Saksikan filem Mat Bond Malaya yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 20 Julai 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook,Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
#Viral
#Nabil Ahmad
#Filem
#Elizabeth Tan
#Astro First
#Astro Shaw
#Naqiu
#Mat Bond Malaya
Must-Watch Video