,
Hiburan

Meerqeen Perjelas Dakwaan Bercuti Di Bali Bersama Ameera Khan - “Saya Tak Tahu Dia Berada Di Sana”

Mya Amri
05/09/2024
09:37 MYT
Pelakon Meerqeen menjawab dakwaan bercuti bersama personaliti media sosial, Ameeera Khan di Bali, Indonesia baru-baru ini.

Hanya kebetulan

Menjelaskan salah faham tersebut, Meerqeen, 23, atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam berkata pada ketika itu dia sedang berada di set penggambaran drama terbaharunya iaitu Uncle Boss Mama dan secara kebetulan pihak produksi menggunakan ‘props’ seperti di Bali.
“Ini sangat kelakar, saya tak pernah cerita pun dengan orang tentang ini. Saya ada penggambaran ketika itu. Set yang disediakan oleh produksi drama seakan-akan di Bali.

“Jadi apa salahnya, jika saya muat naik gambar ketika di set penggambaran tersebut. Tiba-tiba Ameera pun memuat naik juga gambarnya di Bali. Tetapi saya tidak tahu keberadaannya di sana.

“Saya kongsikan gambar tersebut sebab pihak produksi buat set itu sama seperti Bali. Tak ada kena mengena dengan Ameera,” katanya ketika ditemui Gempak. Meerqeen berkata demikian ketika ditemui pada sesi temu bual bersama pelakon Uncle Bos Mama bertempat di Astro, Bukit Jalil.

Perlu jelaskan demi jaga nama baik Ameera

Jelas Meerqeen lagi, dia sama sekali tidak ada sebarang niat untuk mencetuskan kontroversi namun perlu tampil menjelaskannya untuk menjaga nama baik Ameera.

“Saya tak ada niat untuk cetuskan spekulasi tapi bila orang kaitkan dengan saya, saya terkejut.

“Apa yang saya buat semuanya menjadi buah mulut orang. Saya tak kisah apa pun yang orang cakap, tapi saya perlu jelaskan demi menghormati Ameera.

Status hubungan dengan Ameera

Dalam pada itu, Meerqeen memaklumkan bahawa dia dan adik kepada pelakon dan usahawan, Neelofa itu tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa malah mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain.

“Saya dengan dia hanya berkawan, saya kenal dia dari saya mula masuk industri lagi. Kami pernah menjalani sesi fotografi bersama.

“Selepas itu kami baru mula berkawan namun perhubungan kami tidak lebih daripada itu,” jelasnya. Bagaimanapun, kata Meerqeen selepas ini dia akan berhati-hati dengan setiap perkara yang dilakukan.

“Semua perkara yang saya buat, saya harus ambil langkah berjaga-jaga. Ada yang perlu dibuat, ada yang tidak.

“Orang boleh bercakap apa yang mereka mahu bercakap,” ujarnya Pada Julai lalu, timbul spekulasi Meerqeen dan Ameera bercuti bersama-sama di Bali, Indonesia berikutan terlihat pantulan wajah Meerqeen pada pisau dalam sebuah foto dimuat naik wanita itu.
Ameera bagaimanapun menjelaskan dia ke Bali berempat iaitu bersama sepupunya, Aisha dan penggawal peribadi serta pemandu.
Ameera juga memberitahu dia sudah memiliki teman lelaki yang kini berada di London.
Ini bukanlah kali mereka dikaitkan, tahun lalu mereka juga pernah dikatakan bercinta apabila dilihat menghadiri acara pertunjukkan fesyen di Paris dan saling memuat naik foto di akaun instagram masing-masing.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Impian Dianggap Terlalu Tinggi, Meerqeen Sedih Pernah Dipandang Remeh - “Mereka Sepatutnya Menyokong..”

gempak
17/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Meerqeen akui sedih apabila pernah dipandang remeh oleh guru dan rakan-rakannya apabila hasrat dan impian nya dianggap terlalu tinggi untuk dicapai.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Gaya Hidup

#Travelmana: Hampir 100,000 Pelancong Malaysia Bercuti Ke Selatan Thailand!

gempak
16/09/2024
23:25 MYT
Hampir 100,000 pelancong Malaysia memanfaatkan cuti panjang hujung minggu sempena sambutan Hari Malaysia untuk bercuti di wilayah Selatan Thailand, menyumbang lebih daripada 1 bilion baht (100 baht = RM12.95) kepada ekonomi tempatan.
Berita

Long Weekend! 2.2 Juta Kenderaan Keluar Ibu Kota, Lebih Tinggi Dari Cuti Hari Raya

gempak
15/09/2024
14:56 MYT
Peningkatan trafik yang tinggi berikutan pergerakan kenderaan keluar daripada ibu kota sempena cuti panjang dilaporkan lebih meningkat berbanding musim perayaan.
Hiburan

Terbesar Di Asia Tenggara, Ini 5 Perkara Menarik Tentang Store PUMA Malaysia

gempak
11/09/2024
18:55 MYT
Bagi peminat jenama PUMA, kami kongsikanlima perkara menarik yang anda perlu tahu mengenai pelancaran kedai perdana terbesar ini.