gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Zayn Malik Luah Didiskriminasi  Status Orang Asia Menerusi Lagu
HIBURAN
Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) Tampil Dengan Kategori Baharu, Angkat Tema ‘Karya Kreatif, Sinema Dinamik’
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Khalyn Terima Penyingkiran Dengan Hati Terbuka, Sedia Bangkit Semula - “Saya Percaya Pada Rezeki…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Hanya Ditemani Kucing, Fara Salleh Bersalin Seorang Diri - “Hebatnya Saya Melahirkan Tanpa...”

Umirah Halim
Umirah Halim
08/07/2025
08:25 MYT
Sponsor Banner
Hanya Ditemani Kucing, Fara Salleh Bersalin Seorang Diri  -  “Hebatnya Saya Melahirkan Tanpa...”
Isteri kepada pelawak Shuk Sahar, iaitu Fara Salleh selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang diberi nama Elaine Nada pada 26 Jun lalu.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Fara memaklumkan dirinya selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 6.10 petang dengan berat 2.1 kilogram.
View this post on Instagram
A post shared by Fara Salleh (@f.zzatys)
“Alhamdulillah Elaine Nada nama seindah orangnya.
“Alhamdulillah aku dan Elaine Nada berjaya lalui fasa mengandung seorang, melahirkan anak sorang-sorang tanpa ada bayang seorang lelaki.
“Hebatnyaaa Fara Salleh,” tulisnya.
Fara turut berkongsi kronologi detik kelahiran yang bermula sejak 24 Jun, apabila dia dimasukkan ke wad selepas doktor mendapati air ketuban berkurangan dan berat bayi kurang akibat masalah uri.
“Pada 25 Jun, Fara dimasukkan alat ‘belon’ untuk membuka jalan bersalin namun selepas 12 jam menahan kesakitan yang digambarkan “100000/10”, bukaan hanya mencapai 2cm.
“Masuk belon tak sakit, tapi lepas belon dah masuk tu sakitnya… 100000/10. Lepas 12 jam baru dapat painkiller,” katanya.
Akhirnya, selepas tiada perubahan, doktor memutuskan untuk menjalani prosedur emergency C-section (pembedahan kecemasan) pada 26 Jun bagi menyelamatkan bayi yang menunjukkan tanda hampir lemas.
“Jam 5.30 petang masuk OT dan Alhamdulillah… keluar lah Elaine Nada dengan cara czer,” kongsinya
Binatang Teman Sampai Selamat Bersalin
Dalam catatan sama, Fara turut mendedahkan haiwan peliharaannya, seekor kucing bernama Tiger, seolah-olah memahami situasinya dan setia menemaninya sepanjang proses kelahiran.
“Ohh ya… Tiger pergi betul-betul dua hari selepas aku bersalin.
“Binatang pun faham, sanggup teman aku sampai aku selamat melahirkan,” ujarnya.
Doa Buat Elaine Nada
Mengakhiri perkongsian tersebut, Fara memohon doa agar Elaine Nada membesar dengan sihat dan kuat, serta terus menjadi cahaya dalam hidupnya.
“Doakan semoga Elaine Nada membesar dengan sihat,” tulisnya lagi.
April lalu, Shuk didakwa melafaz cerai talak satu terhadap fara menerusi panggilan telefon. Kata Fara, suaminya melafazkan cerai ketika berada di Thailand.
Terdahulu, Shuk pernah berkahwin dengan Rossa Sera pada 2015, namun bercerai pada 2023. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Assyifatu Aimi, 5.
Topic Berkaitan
#Kucing
#Shuk Sahar
#Fara Salleh
#Selamat
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement