,
Laman Utama

Meerqeen Antara 100 Lelaki Terkacak Di Dunia!

Amri Hassan
30/07/2022
05:49 MYT
Selepas Anna Jobling, pelakon Meerqeen juga menjadi calon tunggal dari Malaysia untuk tercalon dalam senarai 100 lelaki terkacak 2022 dari media antarabangsa, TC Candler.
Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam diumumkan menerusi perkongsian di laman rasmi Twitter TC Candler baru-baru ini.
"Tahniah kepada empat calon ini kerana secara rasminya dicalonkan sebagai 100 Wanita Tercantik/ Lelaki Terkacak 2022. Mana satu calon kegemaran anda? Teruskan mengundi!" ciap laman Twitter terbabit. Menerusi senarai itu, TC Candler turut memuat naik tiga lagi foto calon yang tersenarai iaitu Riku NiziU, pelakon Bollywood Kartik Aaryan dan Shownu Monsta X.
Meerqeen turut bersaing bersama beberapa selebriti kacak lain termasuk Song Joong Ki, Liam Hemsworth, Ryan Gosling dan ramai lagi.
TC Candler antara pihak yang akan membuat penilaian dan berkongsi senarai individu paling kacak dan jelita setiap tahun. Penilaian biasanya berdasarkan populariti calon yang didominasi dan proses awal dilakukan di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
Dalam perkembangan lain, Meerqeen bakal muncul menerusi drama rantaian adaptasi novel terkenal Ash & Aish yang akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria.

Sinopsis Ash Dan Aish

Mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Aisha, yang berhati kental. Semua ahli keluarga dia meninggal dunia dalam satu kemalangan dan dia hampir dicabul oleh suami mak saudaranya sendiri yang tamak dengan harta keluarga Aisha.
Dia melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru.
Ashrafi, pemuda misteri yang selalu membeli lollipop dan makanan kucing di kedai serbaneka tempat Aisha bekerja.
Disebabkan kesempitan hidup di kota raya, Ash mempelawa Aisha bekerja di café milik Ash sendiri. Aisha menerima tawaran Ashrafi untuk bekerja kat sana.
Uniknya Sanctuary cafe, pekerja- pekerja di sana sebenarnya mempunyai kisah hitam masing-masing dan mereka diberi peluang oleh Ashrafi untuk membina hidup baru.
Dalam nada bergurau, Aisha menawarkan diri untuk menjadi isteri Ashrafi supaya dia tidak perlu sentiasa membantunya mencari tempat tinggal. Cadangan Itu rupanya diambil serius oleh Ashrafi.
Mereka akhirnya disatukan menjadi suami isteri. Malangnya Ashrafi kemalangan dan koma. Sewaktu di hospital, Aisha terkejut melihat Ashrafi bangun dan bercakap seperti biasa.
Namun apa yang Aisha lihat ternyata hanya roh Ashrafi sahaja. Disebabkan itu Ashrafi meminta Aisha untuk menolongnya sedar dari koma.
Ash Dan Aish adaptasi novel 'Ash & Aish' karya Maya Adira turut dibintangi Nadhir Nasar, Norreen, Anna Jobling, Idzham Ismail, Nada Nur Syuhada dan Adiba Yunus.
Ash Dan Aish terbitan Suhan Movies & Trading itu akan ditayangkan di slot Megadrama setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.