Laman Utama
Media Indonesia Tanya Soal Hubungan Dengan Anna Jobling, Meerqeen: “Kalau Jodoh Tak Ke Mana”
Pasangan hero heroin yang mendapat perhatian dalam kalangan peminat drama Malaysia, Anna Jobling dan Meerqeen kini berada di Indonesia.
Mereka ke republik tersebut demi menyantuni peminat yang cukup menggemari drama lakonan mereka Melur Untuk Firdaus.
Tentu saja hal yang menjadi perhatian dan pertanyaan daripada media massa adalah tentang hubungan yang terjalin di antara mereka adakah hanya sekadar teman atau sudah menjadi pasangan kekasih.
Anna mengaku dirinya dan Meerqeen memang mempunyai hubungan yang baik biarpun selepas drama tersebut habis. Lantaran itu mereka kerap dan diharap berjodoh oleh peminat.
“Sebenarnya sebelum drama tersebut, kami sudah pernah bekerjasama jadi chemistry sudah ada. Bila chemistry sudah ada, nampak keserasian itu lebih menjadi walaupun drama tersebut sudah habis ditayangkan,” ujar Anna seperti dilaporkan Insertlive yang menemuinya di studio Trans TV, Tendean, Jakarta Selatan, baru baru ini.
Pelakon cantik itu juga mengaku terus menjaga hubungan baik dengan Merqeen.
“Saya fikir kerana itu mungkin banyak peminat menjodohkan kami kerana chemistry yang kuat,” katanya lagi.
Sementara itu, Merqeen pula mengatakan soal jodoh adalah kerja Tuhan.
"Kalau masalah dijodohkan, apa yang saya boleh katakan kalau jodoh tak akan ke mana. Kita lihat sahaja ya,” jawab Meerqeen sedikit malu.
Kepada media massa Indonesia, Meerqeen memuji kecantikan Anna selain mendedahkan pelakon tersebut tidak kuat makan tetapi suka tidur.
Must-Watch Video