,
Laman Utama

MCMC Siasat Pengasas Produk, Selebriti Muat Naik Kandungan Jelik Di Media Sosial

Amri Hassan
17/06/2022
01:08 MYT
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius tindakan beberapa pengasas produk kecantikan dan selebriti terkenal yang memuat naik kandungan yang boleh disifatkan sebagai sumbang dan jelik di laman aplikasi Instagram dan Tik Tok masing-masing.
MCMC berkata, susulan aduan yang diterima daripada orang ramai berhubung tindakan individu berkenaan, MCMC dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan pemeriksaan bagi tujuan siasatan terhadap ketiga-tiga individu terbabit di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, pada Rabu.
Menurutnya, siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
"Sehubungan itu, orang ramai khususnya selebriti yang mempunyai pengaruh di dalam masyarakat seharusnya menunjukkan teladan yang baik dan peka untuk tidak memuat naik kandungan yang bertentangan dengan undang-undang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar