,
Viral

MBSA Padam Mural & Lukisan Potret Pemimpin Diconteng

Fiza Kamarudin
20/07/2020
07:59 MYT
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertindak cepat memadam mural dan potret lukisan pemimpin negara yang diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam hari ini.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, menerusi sebuah kenyataan berkata, pihak mereka memandang serius vandalisme terhadap lukisan mural berkenaan seperti yang ditularkan di media sosial tengahari tadi.
“Pihak MBSA memandang serius terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang telah melakukan vandalisme ini. “Tindakan vandalisme ini amat dikesali kerana mural tersebut diabadikan sebagai menghargai peranan dan sumbangan semua pihak khususnya pemimpin negara yang telah bekerja keras dan komited dalam menangani wabak Covid-19.
“Lanjutan daripada itu pihak MBSA telah mengambil langkah segera untuk mengecat semula dinding tersebut dengan cat berwarna putih dan dalam masa sama satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan MBSA akan mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan perbuatan keji tersebut, selain menasihati mana-mana individu supaya memaklumkan kepada mereka sekiranya ingin melakukan aktiviti mural di tempat awam. “Tindakan akan diambil di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme MBSA (2005) sekiranya mendapati mana-mana pihak melakukan vandalisme.
“Pihak MBSA juga ingin menasihatkan semua pihak agar merujuk terlebih dahulu kepada MBSA sebelum melakukan aktiviti mural di tempat awam, di kawasan pentadbiran MBSA,” katanya. Terdahulu, pemilik akaun @mrjameslabu, memaparkan video berdurasi 14 saat mengenai keadaan mural tersebut selepas diconteng dengan perkataan kurang sopan.
Mural gergasi yang memaparkan pemimpin negara termasuk potret Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr Seri Zulkifli Mohamad Al Bakri dan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.
Mural berkenaan dilukis oleh tiga pelukis muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali, Mohd Firdaus Nordin dan Abdul Hadi Ramli ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan lalu.
Artikel berkaitan:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Keluang Man

Mural Gergasi Keluang Man, Nas Anggap Satu Penghormatan - “Paling Besar, Tiga Tingkat Memang Hebat”

gempak
11/09/2024
12:25 MYT
Nas Muammar Zar menyatakan rasa berbesar hati melihat mural gergasi setinggi tiga tingkat superhero ikonik Malaysia, Keluang Man diabadikan di Kluang, Johor.
Hiburan

Jadi Lokasi Ikonik Penggambaran Filem, Mural Gergasi Keluang Man Setinggi Tiga Tingkat Diabadikan Di Kluang Johor

gempak
07/09/2024
09:30 MYT
Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filemnya iaitu di Kluang, Johor.
Berita

Buaya Muncul Di Tasik Shah Alam, Seksyen 7, MBSA Minta Orang Ramai Berhati-Hati

gempak
03/09/2024
05:20 MYT
Susulan tular satu hantaran di media sosial berhubung kemunculan buaya di Tasik Shah Alam, Seksyen 77, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika beriadah di kawasan itu.
Berita

Mural Penyu Bergasi 20 Meter Tarikan Baharu Pantai Tanjung Pelindung, Usaha Empat Pelukis Berkampung Lima Hari Berbaloi

gempak
24/07/2024
18:55 MYT
Empat pelukis mural 'penyu gergasi' yang seakan terdampar di Pantai Tanjung Pelindung, Kuantan, Pahang tidak menyangka kemunculan haiwan itu menjadi daya tarikan baharu di pantai berkenaan.
Gaya Hidup

Tarik Minat Pelajar Ke Sekolah, Larrie Sumbang RM68,000 Cat Mural Baharu Di SMK Sungai Choh

gempak
18/05/2024
11:20 MYT
LARRIE Corporation Sdn Bhd telah bekerjasama dengan SMK Sungai Choh, Rawang dalam inisiatif pengindahan sekolah di bawah program Jom Kembali Ke Sekolah.