Viral

Mayat Bayi Diletak Dalam Peti Ais Selama 16 Hari, Ini Kronologi Bapa Tak Cukup Duit Bayar Bil Hospital Swasta - “Kawan Saya Panik…”

gempak
Asyikin Mayudin
11/12/2024
06:25 MYT
Sponsor Banner
Mayat Bayi Diletak Dalam Peti Ais Selama 16 Hari, Ini Kronologi Bapa Tak Cukup Duit Bayar Bil Hospital Swasta - “Kawan Saya Panik…”
Kisah seorang bapa tidak dapat mengambil jenazah bayinya yang baru lahir dari sebuah hospital swasta berikutan kegagalan membayar bil rawatan menarik perhatian netizen di laman sosial.

Tak cukup duit

Lebih menyayatkan hati apabila bayi yang dilahirkan tidak cukup sifat itu didakwa diletakkan dalam peti sejuk selama 16 hari sehingga menyebabkan kesukaran untuk menguruskan jenazahnya yang dalam keadaan beku.
Ramai netizen mempersoalkan pemilihan hospital swasta berbanding kerajaan, pihak pengurusan jenazah iaitu UKVJ menerusi Facebook Mr Wan Cai Official berkongsi kisah bapa tersebut.
“Dalam perjalanan balik, kawan saya bagi tahu yang isteri saya dah dihantar ke hospital tersebut sebab kawan saya panik jadi dia hantar la ke situ terus. Saya touch down saja di rumah kawan saya terus bawa ke situ.

“Waktu saya sampai isteri saya sedang diperiksa dan katanya bukaan sudah 5cm. Saya ada tanya perlu bayar apa-apa ke sebab masa tu saya tengah menghadapi masalah kewangan. Ikutkan perancangan saya nak pindahkan isteri ke hospital Klang dan pihak hospital ada sarankan.

“Tapi lepas check saya dimaklumkan baby dah nak keluar. Katanya nak bayar lepas bersalin pun boleh. Dia terus tolak isteri saya ke wad untuk tukar baju and ambil darah dan terus tolak labour room,” kongsinya.

Sempat azankan bayi

Dalam masa 30 minit, doktor keluar memaklumkan bayi tersebut mengalami komplikasi dan memerlukan doktor pakar serta kos yang tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Kembar 3! Wanita Hamil 9 Bayi Lepas Terima Rawatan - “Kami Menunggu Nasihat…”

ARTIKEL BERKAITAN: Muhammad Nama Bayi Lelaki Paling Popular Di England, Wales Pada 2023

“Doktor terus tanya duit ada tak dan saya cakap belum ada lagi. Dia pun cakap dia nak bincang dengan bos dia dulu. Saya ke wad jumpa isteri saya tanya macam mna. Dalam 5 minit macam tu doktor tadi datang dan cakap nadi baby dah start merendah apa semua and baby kritikal masa tu.

“Dia pun cakap kita biarlah baby tu pergi dengan tenang. Dia tanya saya nak tengok anak tak dan saya terus pergi. Saya tengok anak saya dan azan kan. Sepanjang saya azankan anak saya dia aktif sangat. Lepas saya azan kan saya keluar dan pergi ke wad.

“Tak sampai 10 minit doktor tadi tu datang balik dan bagi tahu baby dah tak ada. Saya pun ke kaunter untuk tanya bill berapa. Semua sekali RM3000 lebih tapi dia tolak duit depo dan nurseri yang tak jadi pakai tu tinggal RM2480,” ujarnya lagi.

Usaha cari duit

Pihak bapa juga tidak dapat mengeluarkan jenazah bayinya kerana hospital memintanya untuk membayar penuh bil tersebut dan sepanjang dua minggu individu tersebut berusaha untuk dapatkan wang untuk melunaskan bayaran.
“Pada hari ketiga isteri saya ditahan, doktor yang merupakan pemilik datang jumpa isteri saya dan menghina anak saya dengan kata ‘KAU DAH LAHIRKAN ANAK CACAT, KAU TAK RETI NAK URUSKAN JENAZAH ANAK KAU KE?’.

“Sepanjang dia hospital luka jahitan pun tak diperiksa. BP kadang datang check kadang tak. Ada sehari tu tak check langsung. Once saya minta sumbangan dari tempat kerja dapat selesaikan sedikit bill sampai tinggal RM1800 lebih. Tapi masih tak boleh keluarkan baby.

“Pada hari Isnin ada hamba Allah yang juga patient dekat situ tolong bayarkan bill tersebut pada pukul 11 pagi. Saya pun terus call pihak office kerja saya untuk minta gaji bagi pengurusan baby tetapi diminta tunggu pukul 3 petang.
“Saya kemudian cuba hubungi pihak UKJV untuk tanya macam mana dan pihak UKJV yang tolong saya selesaikan segala masalah,” kongsinya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024