,
Laman Utama

Maya Karin Kena Panic Attack, Terpaksa Tanggal Kasut Di Pentas FFM32 - "Satu-Satunya Cara Saya Bertenang..."

Amri Hassan
04/12/2022
02:10 MYT
Aktres jelita Maya Karin berdepan detik cemas apabila diserang panic attack ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) di Encore, Melaka baru-baru ini.
Maya secara spontan terpaksa menanggalkan kasut tumit tingginya bagi melegakan perasaan ketika bersama-sama dengan pelakon Faizal Hussein ketika itu.
"Satu-satunya cara untuk bertenang dan tidak pengsan adalah memastikan kaki saya jejak tanah. Terima kasih seribu kali kepada Faizal Hussein sekali lagi," maklum Maya.
Ketika menyampaikan anugerah kepada Pelakon Lelaki Terbaik FFM32, Maya kelihatan cemas dan suaranya terketar-ketar sebelum dihampiri Faizal.
Kemudiannya, Maya terpaksa berpaut pada Faizal untuk membantunya menanggalkan kedua-dua sepatu yang disarungnya bersama dres hitam.
Maya secara profesional meneruskan tugasnya untuk menyampaikan trofi kepada pemenang dengan hanya berkaki ayam sebelum berlalu ke belakang pentas usai segmen terbabit.
"My hero malam itu. Sangat gentleman, siap kutip kasu saya yang tertinggal atas pentas," tambah Maya memuji tindakan budiman Faizal Hussein.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.