,
Filem

Maya Karin Belajar Tango Demi The Experts - “Tetap Pergi Latihan Walaupun Otot Sakit”

Mya Amri
09/04/2024
04:25 MYT
Pelakon, Maya Karin memberikan sepenuh komitmen mempelajari tarian tango semata-mata untuk filem The Experts.

Berlatih enam minggu

Menurut Maya, pada awalnya dia bersama aktor, Remy Ishak meragui kebolehan diri dan agak kaku namun babak tersebut berjaya dilakukan dengan baik.
"Saya perlu menari tarian tango bersama Remy dan memang agak lama kami buat persiapan.
"Penerbit dan pengarah cakap mereka mengharapkan babak ini dapat dijayakan dengan baik.
"Jadi, kami berlatih dalam tempoh enam minggu ketika waktu malam. Biarpun penat selepas penggambaran, kami tetap pergi latihan sehingga otot-otot sakit,” katanya ketika ditemui Gempak.

BERITA PILIHAN: “Tipulah Kalau Tiada Pasang Surut Dalam Hubungan” - Maya Karin & Jejaka Perancis Masih Berkawan Rapat

Kagum dengan Remy

Dalam pada itu, Maya juga turut menyatakan rasa kagum dengan sikap Remy yang tidak putus asa berlatih demi mendapatkan hasil terbaik.
“Secara jujurnya, saya sangat kagum dengan kebolehan Remy. Tak sangka anak Melaka boleh menari tango.
"Awal-awal memang saya pun mengeluh macam mana nak buat, saya pun bukannya pandai sangat.
"Kalau secara santai bolehlah, tapi rentak tari yang harus dilakukan itu betul-betul tarian tango yang teknikal, jadi memang ia memerlukan latihan," katanya.
Selain Remy dan Maya, antara barisan pelakon filem The Experts termasuklah Datuk Aaron Aziz, Mimi Lana, Ray, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat, Syafiq Kyle, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir dan Michael Ang.
Diterbitkan Astro Shaw, filem bertemakan aksi rompakan ini diarahkan oleh sutradara filem pecah panggung Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nazim Shah, manakala skrip ditulis Ayam Fared, Abhilash Chand, Mamu Vies, Kyle Goonting dan Joel Soh.
Sinopsis:
The Experts mengisahkan adik-beradik yang mempunyai kepakaran dalam kegiatan merompak.
Selepas menggemparkan negara dengan rompakan jongkong emas di lapangan terbang, abang mereka memaksa adiknya memulakan hidup baharu.
Namun, seorang daripada adik merancang mencuri cincin berharga jutaan ringgit, lantas terperangkap dengan ugutan besar. Ini memaksa Syarif, Khairul, Emma, Amiruddin dan Rozland kembali ke dunia yang sudah lama ditinggalkan dan merancang rompakan terbesar.
The Experts bakal temui penonton di pawagam di seluruh Malaysia pada 23 Mei depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.