,
Hiburan

“Maximum 2 Minggu Anak Tu Bising...”- Yasmin Hani Kongsi Tip Latih Anak Duduk Carseat

Syafiqah Jalal
05/09/2020
04:44 MYT
Pelakon Yasmin Hani menyarankan agar semua ibu bapa lebih prihatin untuk mewajibkan anak-anak kecil duduk di dalam tempat duduk khas kanak-kanak atau carseat.
Justeru Yasmin berkongsi tip bagaimana untuk melatih anak-anak duduk dalam tempat duduk mereka.
“Ada yang cakap susah la nak letak anak dalam carseat. Dia marah, mengamuk, nangis, jadi daripada dia nangis dan duduk dalam carseat, lebih baik dia diam dan duduk sendiri atau atas riba.
“Hani doakan hati korang cekal dalam nak train anak-anak duduk dalam carseat. Maximum 2 minggu la anak tu bising-bising. Kena tahan sikit la yea cuba dan cuba sampau jadi.
“Ibu bapa kena jadi satu team, bukan dengan mummy duduk, dengan daddy tak duduk dalam carseat haha keliru budak tu..,” katanya.
Yasmin berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video ketika melatih anaknya duduk di dalam carseat.
Pun begitu, Yasmin terbuka jika ada pengikutnya yang mahu berkongsi tip lain untuk anak mereka.
“Apa-apa tanya je kat sini ok. Mungkin ramai ibu-ibu bokeh bantu untuk kongsi tip nak kasi anak-anak duduk diam atau biasa dalam carseat. Selamat maju jaya lah yea bawa kereta dengan cermat, jiwa selamat,” katanya lagi.
Yasmin atau nama sebenarnya, Yasmin Hani Richardson mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2011 dengan Sha'arin Mohammed Razali Wong.
Selain Eissa, Pasangan ini mempunyai dua orang anak lelaki, Noah Ismail Wong, 7, dan Eissa Elzander Wong, 4 tahun.

Ada yg cakap susah laaaa nak letak anak dalam carseat.. Dia marah, mengamuk, nangis, so daripada dia nangis dan duduk dalam carseat, lebih baik dia diam n duduk sendiri atau atas riba. Hani doakan hati korang cekal dalam nak train anak2 duduk dalam carseat. Maximum 2minggu la anak tu bising2. Kena tahan sikit la yea... Try k.. Try. Try aampai jadi tau.. Hehhee mummy n daddy kena jadi satu team, bukan ngan mummy duduk, ngan daddy tak duduk dlm carseat.. Hahhaa confused budak tu.. Ok apa2 tanya je kat sini k.. Maybe ramai mummy can help oso to share tip nak kasi anak2 duduk diam atau biasa dalam carseat. Selamat maju jaya lah yea.. Hehhee bawak kereta dengan cermat, jiwa selamat. #Carseat #HanisVid #HaniEissa #YasminHani #PesananKhidmatMasyarakat #BiarAnakBisingAsalkanSelamat

A post shared by Yasmin Hani Richardson 雅诗敏 (@yasminhani) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar