,
Laman Utama

"Mawar, Raf Cerai Bukan Sebab Orang Ketiga" - Wawa Zainal

Amri Hassan
01/12/2023
02:49 MYT
Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel percaya perceraian sahabat mereka Mawar Rashid dan Raf Yaakob bukan disebabkan orang ketiga.

BERITA TRENDING: Mawar Rashid Umum Berpisah Dengan Suami- “Ini Jalan Terbaik Buat Kami”

Jelas Wawa, kemelut yang melanda rumah tangga pasangan itu hanya diketahui antara mereka.
"Mungkin perpisahan adalah keputusan yang terbaik dan kami harapkan mungkin mereka akan kembali bersama.
"Mereka berpisah pun bukanlah disebabkan orang ketiga, tetapi ada masalah-masalah lain yang hanya mereka sahaja yang tahu. Jadi, kita sama-sama doakan manalah tahu ada sinar buat mereka," kata Wawa.
Tambah Wawa ketika ditemui pada majlis pra-pelancaran filem Klepet, dia mengetahui akan berita perceraian Mawar dan Raf terlebih dahulu sebelum didedahkan secara umum.

BERITA TRENDING: Mawar Rashid Buka Tudung - “Saya Dah Cuba Tapi Saya Gagal”

Namun, mereka tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejut dan sedih dengan perpisahan pasangan itu.
"Kami tidak jangka pun kerana mereka pasangan yang sweet and loving, mereka pun orang yang baik.
"Kami terkejut sangat apabila Raf berjumpa kami dan beritahu tentang perkara tersebut (perpisahan) sebelum berita itu viral.
"Kami sangat sedih dan kami pula seperti hendak menangis ketika itu.
"Kami belum sempat jumpa mereka lagi. Berilah mereka ruang untuk bertenang. Kami pun tidak mahu ganggu mereka," ujarnya.
Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan mengumumkan perpisahan mereka menerusi Instagram pada 23 November lalu.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata, iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

PILIHAN PEMBACA: "Perempuan Kat Luar Sana Jangan Merenyam!" - Wawa Zainal

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hiburan

Wawa Zainal & Aeril Zafrel Mohon Netizen Henti Buat Spekulasi Isu Rumah Tangga Fattah, Fazura - “Bukan Sebab Curang, Mungkin…”

gempak
17/09/2024
01:37 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin masih lagi menjadi perbualan hangat di laman sosial selepas aktres itu dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya pada Jumaat lalu.
Hiburan

“Fattah Okay Sahaja Di Set Penggambaran, Dia Sangat Professional” - Liyana Jasmay

gempak
14/09/2024
23:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay enggan mengulas dan memberi sebarang komen berkenaan rumah tangga aktor, Fattah Amin. meskipun sedang menjalani penggambaran untuk sebuah naskhah bersama.
Hiburan

Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

gempak
14/09/2024
04:26 MYT
Pelakon Fattah Amin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidupnya yang menyebabkan kepada keruntuhan rumah tangganya bersama aktres, Fazura.