,
Laman Utama

Mati Di Tangan Zionis, Jenazah Lelaki Berbau Kasturi, Tangan Masih Memegang Tasbih

Izwan Isa
06/11/2023
04:55 MYT

Meninggal dunia akibat diserang oleh rejim Israel, jenazah seorang pemuda ditemui masih pegang tasbih dan dikatakan berbau wangi haruman kasturi.

Hal tersebut dikongsikan oleh Cinta Syria Malaysia menerusi video yang dimuat naik di platform X.

BERITA TRENDING: Al-Fatihah… Guru Sekolah Al-Quran Di Malaysia Syahid Di Gaza

“Demi Allah. Saya saksi dia seorang ahli masjid. Setiap kali waktu solat, sebelum azan yang kedua, dia yang terawal hadir ke masjid.

“Dialah yang mengajak seluruh penduduk kejiranan untuk solat berjemaah. Dia turut menghubungi saya untuk menunaikan solat,” katanya.
Dengarkan apa yang Assyahid Mustafa amalkan dari para pemuda yang mengenali beliau semasa hidup.
Ingat nama beliau, Mustafa Samil al-A'raj.
Subhanallah. Kematian yang diimpikan. pic.twitter.com/Ki2jowr2i1— Cinta Syria Malaysia - CSM (@cintasyria) November 4, 2023 Difahamkan, arwah dikenali sebagai Mustafa Samil dan kerap pergi ke masjid pada hayatnya. Menurut perkongsian, arwah sebelum ini akan bersedih jika ada sahabat dan jiran tetangga tidak hadir ke masjid untuk solat bersama-sama.

BERITA TRENDING: Heliza, Hazwani Kongsi Pengalaman Di Gaza: “Ada Kanak-Kanak Tiada Muka Tapi Masih Hidup”

“Dia juga sentiasa melazimi solat lima waktu di masjid. Oleh sebab itu, kita dapat bau kasturi daripada tubuhnya. Semoga Allah mengangkat darjatnya ke tempat tertinggi,” katanya.
Pada video berkenaan dapat dilihat jenazah t dikerumi ramai orang yang mengenalinya ketika dia masih hidup.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gembira Tiba Di Malaysia, Reaksi Kanak-Kanak Palestin Ini Buat Netizen Sebak - “Terasa Hiba”

gempak
17/08/2024
04:31 MYT
Konflik di Palestin seakan-akan masih belum menemui titik noktah apabila ribuan rakyat di negara tersebut dibunuh setiap hari oleh rejim Zionis.
Viral

"Nak Bawa Pergi Kebun" - Haliza Maysuri Terkejut Terima Hadiah Kereta Mewah RM1.6 Juta & Tasbih RM30,000 Pada Hari Jadi

gempak
09/07/2024
06:00 MYT
Jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri terkejut dan tidak menyangka menerima hadiah mewah daripada suaminya sempena ulangtahun kelahirannya baru-baru ini.
Viral

Chris Martin Dihenyak Kecaman Gara-Gara Minta ‘Send Love To Israel & Palestin’

gempak
01/07/2024
03:55 MYT
Vokalis kumpulan Coldplay, Chris Martin menerima kecaman yang hebat selepas meminta penonton yang menghadiri konsert mereka di Glastonbury Festival untuk menyebarkan rasa cinta terhadap zionis, Israel.
Berita

Ramai Askar Israel Alami Masalah Mental

gempak
21/06/2024
05:55 MYT
Data Kementerian Hal Ehwal Tentera juga menunjukkan seramai 8,663 anggota turut cedera dalam Perang Gaza sejak 7 Oktober lalu.
Berita

Mengenang Nakba: 76 Tahun Berlalu, Rakyat Palestin Terus Derita

gempak
21/05/2024
15:53 MYT
Al-Nakba ialah perkataan Arab yang membawa maksud 'malapetaka besar'.