,
Laman Utama

Mata Senget Sebelah & Bibir Bengkak, Ramona Zamzam Alami Alahan - "Susah Gila Nak Tidur Sebab Rasa Gatal"

Zulaikha Yusof
03/02/2021
05:20 MYT
Pelakon Ramona Zamzam, 31, meluahkan rasa risau apabila bibir dan matanya membengkak disebabkan alami alahan buat pertama kali.
Menurut Ramona atau nama sebenarnya, Ros Ramona Mohd Zamzam menyatakan dia mula menyedari selepas terdapat bintik-bintik timbul di badannya. Dia bagaimanapun mengabaikan kerana menganggap itu adalah gigitan nyamuk.
"Sebenarnya saya dah perasan hari hari lepas macam ada bintik-bintak (macam kena gigit nyamuk). Ada dua hingga tiga biji ja dan tak gatal sangat jadi saya tak peduli.
"Lepastu semalam makin teruk, dari bentuk gigit nyamuk selepas itu ia semakin membesar dah jadi macam peta dunia. Semalam sepanjang malam susah gila nak tidur sebab rasa gatal, dan saya cuba untuk tak garu!
"Hari ini (Selasa) dengan mata senget sebelah, serta bibir pula semakin membengkak, ia seolah-olah kelihatan seperti saya telah buat pembedahan plastik yang gagal pada bahagian itu," tulisnya.
Ramona turut memuat naik foto keadaan bibirnya yang membengkak teruk di Instagram (IG) miliknya, semalam.
Dalam pada itu, juri tetap bagi program The Masked Singer Malaysia ini berkata dia sudah mendapatkan rawatan daripada doktor pakar kulit pada pagi Selasa.
"Seumur hidup, saya makan apa yang saya mahukan, tak pernah ada alergi apa-apa. Tiba-tiba terjadi seperti sekarang?
"Saya dah pergi jumpa doktor pakar kulit pagi tadi dan dah dapatkan suntikan, ada ubat makan dan losyen untuk sapu.
"Saya tidak biasa dengan situasi seperti ini kalau ada dalam kalangan anda yang dah biasa melakukan perkara sebegini, tolong kongsikan pengalaman anda," tulisnya lagi.
Ramona mendirikan rumah tangga dengan Rami Alashkar pada 1 Mei 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu kemudiannya dikurniakan cahaya mata pertama, Ivanna Alashkar pada 7 Disember 2017.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Bintang Terkenal Bollywood, Deepika Padukone & Ranveer Singh Selamat Sambut Cahaya Mata Pertama

gempak
08/09/2024
13:03 MYT
Pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Ahad.
Hiburan

Filem Sepet Kembali Ditayangkan Di Pawagam Selepas 20 Tahun

gempak
27/08/2024
12:55 MYT
Dalam sambutan ulang tahunnya yang ke-20, karya agung Allahyarham Yasmin Ahmad iaitu Sepet kembali nostalgia ke layar GSC untuk masa yang terhad.
Berita

Lelaki Buta Mata Selepas Tampar Lalat Hinggap Di Muka

gempak
27/07/2024
07:50 MYT
Seorang lelaki di China telah buta sebelah mata selepas menampar seekor lalat dikenali sebagai dry fly yang hinggap di mukanya baru-baru ini, lapor South China Morning Post.
Sukan

Liga Super 2024/2025: Selangor FC Didenda RM100,000, Hilang Tiga Mata

gempak
25/06/2024
13:14 MYT
Setelah menjadi teka-teki selama hampir sebulan, akhirnya persoalan peminat bola sepak tanah air mengenai hukuman ke atas Selangor FC akibat enggan menghadirkan diri dalam perlawanan Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 10 Mei lalu terjawab juga.
Berita

Remaja Maut Dipercayai Keracunan Makanan Lepas Makan Telur Mata

gempak
11/06/2024
00:55 MYT
Seorang remaja berusia 17 tahun maut dipercayai akibat keracunan makanan.