,
Hiburan

"Mata Naik Ketumbit Besar Pun Kena Mai Set Dulu" - Fasha Sandha

Kamaruddin Razal
24/01/2019
19:46 MYT
Siapa kata jadi pelakon itu kerja mudah? Menjadi seorang pelakon bukan sahaja memerlukan anda untuk menjayakan sesebuah karakter, malah lebih dari itu.
Anda perlu memastikan diri anda sentiasa bersedia serta ia juga memerlukan anda untuk berkorban masa serta memberikan komitmen penuh terhadap.
Pelakon cantik, Fasha Sandha berkongsi komitmen yang diberikan oleh hero gandingannya, Datuk Aaron Aziz yang tetap meneruskan aksi lakonan biarpun diserang selsema.
Tunang kepada aktor Aidil Aziz itu berkongsi cerita menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
"Ok kena post video ni juga sebab nak bagitau, Datuk @aarondwiaziz berjaya hafal dan menyanyikan lagu Melayu dengan jayanya walaupun beliau sedang selesema.
"Datuk tenang je. Tak ada stress apa pun. Sangat menghormati kerjaya beliau. Kerja macam kami ni selalunya tak ada MC tau, kalau untuk selesema batuk atau demam.
"Mata naik ketumbit besar pun kena mai set dulu bagi team tengok dulu, if ternyata bengkak barulah disuruh balik hahahahaha.
"Kadang-kadang kena shoot juga one side belah mata yang tak ada ketumbit tu... Haaaaaa ni jadi kat I ok hahahha. Bukan mudah ya nak jadi pelakon, ingat tau," tulis Fasha panjang lebar.
Fasha dan Aaron kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri terbaru untuk slot Megadrama yang berjudul Patah Sayap Bertongkat Paruh.
Patah Sayap Bertongkat Paruh merupakan drama bersiri terbitan Zeel Production dan bakal menemui penonton tidak lama lagi di Astro Ria dan Ria HD.
Drama bersiri itu merupakan hasil adaptasi novel berjudul sama karya novelis Hana Ilhami.
Selain Fasha dan Aaron, drama bersiri itu turut dijayakan oleh Zarul Husin, Aman Aziz, Amelina, Cat Farish, Jalil Hamid, Elly Mazlein dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.