,
Laman Utama

Mata Alina Hassan Dah Pulih – “Terima Kasih Siti Sarah & Shuib, Hanya Allah Yang Membalas Jasa Baik Kalian…”

Fiza Kamarudin
11/09/2020
13:25 MYT
Penyanyi Alina Hassan mengucapkan terima kasih kepada pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib kerana membiayai pembedahan membuang katarak di matanya.
Alina berkata, tidak terungkap dengan kata-kata pertolongan yang dihulurkan oleh kedua-dua suami isteri itu, melainkan rasa syukur kepada Allah SWT.
“Tidak terungkap dengan kata-kata…Saya bersyukur kerana Allah SWT datangkan insan berhati mulia kepada saya.
“Saya tak pernah terfikir masalah penglihatan ini akan pulih seperti dulu, terima kasih Siti Sarah Shuib. Semoga Allah berikan rezeki yang berlipat ganda buat mereka,” katanya.
Alina sebelum ini mengalami masalah selaput mata atau katarak sehingga menjejaskan penglihatan dan mendapat rawatan dari klinik mata milik Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad. Ditanya mengenai kos rawatan kos rawatan membuang katarak mata kanannya itu, Alina berkata, dia tidak pasti mengenai perkara berkenaan.
“Saya tidak tahu tetapi pastinya ia menelan belanja yang tinggi,” ujarnya.
Dalam pada itu Alina berkata, pembedahan tersebut merupakan yang kedua selepas melakukan proses pembuangan katarak untuk mata sebelah kiri pada 2017.
“Masalah katarak mata ini sejak tahun 2011 lagi. Masa itu saya bertugas sebagai pengawal keselamatan di KLCC.
“Masa masuk Kilauan Emas, dua-dua mata ini tak dapat melihat dengan jelas…Alhamdulillah, pada 2017 ada rezeki lebih saya buang katarak mata kiri dahulu,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Geram, Tak Suka Shuib Kerap Jaja Cerita Tentang Arwah Siti Sarah - “Dia Ni Diam Boleh Tak”

gempak
29/07/2024
23:56 MYT
Pelawak dan pelakon, Shuib merupakan antara selebriti yang sering berkongsi kisah kehidupannya secara terbuka.
Hiburan

“Dirasuk, Mendengus Seperti Harimau, Jilat Kaki…” - Shuib Dedah Arwah Siti Sarah Pernah Disihir, Rasa Dibenci Ketika Buat Persembahan

gempak
29/07/2024
00:49 MYT
Pelawak Shuib mendedahkan dia pernah berdepan dengan detik cemas apabila Allahyarham isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah dirasuk mahkluk halus.
Hiburan

“Satu Budaya Yang Teruk!” - Shuib Harap ‘Cyberbully’ Dihentikan, Dedah Arwah Siti Sarah Juga Pernah Jadi Mangsa

gempak
10/07/2024
04:55 MYT
Berita mengenai seorang pempengaruh di aplikasi TikTok didakwa membunuh diri kerana tertekan akibat buli siber mendapat perhatian semua pihak.
Hiburan

Video ‘Throwback’ Momen Shuib Bersama Siti Sarah Di Mekah Buat Netizen Rindu – “Sampai Hari Ini Tengok Balik Arwah, Air Mata Laju Saja”

gempak
18/06/2024
01:55 MYT
Perkongsian pelawak Shuib yang memuat naik video mengimbau kembali momen ketika berada di Mekah bersama Allahyarham isterinya, penyanyi Siti Sarah mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.
Hiburan

Shuib Teringin Watie Masak Menu Raya Wajib Arwah Siti Sarah - “Kalau Boleh Nak Kuah Kacang & Rendang”

gempak
09/04/2024
01:55 MYT
Shuib paling suka kuah kacang dan rendang.