,
Laman Utama

Mat Kilau ‘Berkilau’ Lagi… Kini Raih Kutipan Sebanyak RM97 Juta & Berjaya Atasi Kutipan Filem Pecah Panggung Hollywood Popular

Izwan Isa
12/09/2022
01:20 MYT
Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof berkongsi berita gembira berkenaan dengan kutipan terkini filem terbaharu arahannya, Mat Kilau.
Menerusi kemas kini di Instagram, Syamsul melahirkan rasa syukur dan berterima kasih selepas filem berkenaan meraih RM97 juta untuk tayangan di Malaysia, Singapura dan juga Brunei.
Tambah Syamsul, sejak dahulu lagi dia yakin bahawa pelakon dan pengarah filem tempatan mampu menyangi filem-filem Hollywood menerusi carta pecah panggung.
“Siapa sangka. Dari dulu abang yakin pelakon dan pengarah filem kita mampu pergi jauh dan boleh saingi Hollywood dalam cara All Time International Malaysia Box Office. Kita boleh.
“Dengan izin Allah, it happened! Filem Mat Kilau telah mengatasi kesemua filem Hollywood seperti Star Wars, The Avengers, Jurassic World, Furious 7/, Spiderman dan Transformers untuk kutipan tiket di Malaysia.
“Now, filem kita menjadi tuan dibumi sendiri.
“Terima kasih daripada kami team Mat Kilau dan terima kasih terus menyokong karya-karya abang selama ini sejak dari filem pertama. Teruslah ke pawagam menonton filem Malaysia daripada semua penerbit dan pengarah filem hebat yang lain ok? Support!
Dalam pada itu, Syamsul turut memberitahu yang filem Mat Kilau masih lagi ditayangkan di pawagam.
“By the way, Mat Kilau masih ditayangkan di pawagam sekarang guys, insya-Allah filem Malaysia akhirnya reach box office RM100 million cinema collection. Terima kasih daripada kami sekali lagi Alhamdulillah syukur,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Mat Kilau, Imam Tayang Di Namibia, Terima Respons Positif

gempak
09/11/2023
13:45 MYT
Orang luar negara suka!
Laman Utama

"Steady Video Tak Bergegar!" - Netizen Puji 'Filem' Promo Bulan Bintang Ada Beto Kusyairy

gempak
31/03/2023
14:26 MYT
Powernya Bulan Bintang!
Laman Utama

“Saya Reda Dengan Qada & Qadar”- Adi Putra Mengesahkan Nama Tiada Dalam Mat Kilau 2

gempak
21/03/2023
01:00 MYT
Tiada rezeki Adi kali ini
Laman Utama

[VIDEO] FFM32: Menang Pelakon Lelaki Terbaik, Adi Putra Dedikasi Ucapan Dari Makkah

gempak
05/12/2022
09:00 MYT
Tahniah Adi Putra
Laman Utama

Menang Pelakon Pembantu Terbaik FFM32, Beto Kusyairy; "Gayat Juga Atas Pengiktirafan Setinggi Ni..."

gempak
04/12/2022
08:50 MYT
Biarpun tidak hadir ketika Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung di Encore, Melaka pada Jumaat lalu, pelakon Beto Kusyairy memanjatkan rasa syukur atas pengiktirafan yang diterimanya.