,
Viral

Masuk Form 5 Tak Sampai 3 Bulan, Sering Tidur, Jojo Ghazali Puas Hati Dengan Keputusan SPM - “Shocking Jugalah…”

Gempak
03/06/2024
00:55 MYT
Atlet Muay Thai, Muhammad Johan Ghazali atau lebih dikenali dengan ‘nama pentas’ Jojo Ghazali mengakui berpuas hati dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diterima baru-baru ini.
Jojo menerusi temu bual untuk One 167 berkata, dia berasa terkejut dengan keputusan SPM miliknya, memandangkan dia tidak berapa serius dalam memberi fokus ketika berada di tingkatan lima tahun lalu.

Keputusan SPM

“Sebenarnya terkejut sebab keputusan saya bagus. Kalau tengok usaha saya di sekolah, memang tiada langsung. Bila dapat keputusan, saya puas hati… Pandai juga aku ni.
@astromalaysia Nasib Min buat interview ini online, kalau takkk surely dah kena satu jab kat muka, sampai MC kerja. ? Set your date on 8th June ini, kerana Jojo akan lawan dengan Trần Duy Nhất Nguyễn untuk ONE 167 pada June 8 ini. Jangan lupa dapatkan SEMUA AKSI Johan Ghazali, di Astro! #ForYouSports #SportsOnTikTok #SukanDiTikTok #johanghazali #ONE167 #Muaythai @JohanGhazaliMuaythai ♬ original sound - Astro Malaysia
“Ibu saya juga berpuas hati. Alhamdulillah. Dia pergi haritu (ambil keputusan). Expectation dia rendah. Dia ingat saya gagal. Sebab dia nampak saya pergi sekolah tingkatan 6 pun tak sampai tiga bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu Orang Selalu Cakap Muay Thai Tak Dapat Jadikan Kerjaya” - Reward Diri, Jojo Ghazali Beli Jam Tangan Rolex

“Dekat sekolah pun saya tidur. Jadi expectation dia rendahlah. Jadi, bila dia tengok keputusan tu, dia terkejut. Cikgu pun sama, menangis tengok,” katanya.
Meninjau ruangan komen, Jojo memberitahu yang dia meraih 2A, 1B, 4C dan 1E.

Pencapaian

Pada akhir 2023, Jojo dinobatkan sebagai Bintang Baharu Paling Menyerlah 2023 oleh ONE Championship.
Pengiktirafan tersebut diumumkan selepas Jojo mempamerkan aksi luar biasa sepanjang saingan musim berkenaan.
Jojo malah disifatkan ONE Championship sebagai satu fenomena terbesar yang telah dicatatkan oleh petarung dengan usia hanya baru 17 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Jojo Ghazali Disifatkan Fenomena, Dinobat Breakout Star of The Year oleh ONE Championship

Petarung yang berasal dari Sarawak ini menjadi sensasi selepas menumbangkan juara Muay Thai Antarabangsa WBC dari Mexico, Edgar Tabares dalam penampilan sulung aksi Primetime US, ONE Championship.
Dia mencipta sejarah apabila menumbangkan Tabares dengan tumbukan padu dalam tempoh 36 saat pertarungan bermula!

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya 36 Saat, Jaguh Muay Thai Jojo Ghazali Tumbangkan Petarung Mexico Edgar Tabares

Dan itu bukan satu-satunya rekod yang pernah dicipta Jojo. Pada Februari 2023, Jojo menumbangkan Padetsuk Fairtex dari Thailand dengan masa terpantas hanya 16 saat pada kemunculan sulung di arena ONE Championship ketika usianya hanya 16 tahun.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Jojo Ghazali Dedah Patah Tangan 6 Minggu Sebelum Tumbangkan Josue Cruz

gempak
09/09/2024
13:22 MYT
Jaguh Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar mendedahkan dia patah tangan sebelum pertarungan dengan Josue Cruz dalam aksi ONE 168: Denver pada Sabtu.
Sukan

Tumpaskan Lawan Dalam Tempoh 3 Minit, Jojo Ghazali Bawa Pulang Bonus ASD50,000

gempak
07/09/2024
02:05 MYT
Bintang Muay Thai meningkat naik, Johan 'Jojo' Ghazali Zulfikar, menepati ramalan apabila menumbang Josue Cruz di pusingan pertama saingan One FC 168 di Denver, Kanada.
Hiburan

“Pakcik Jangan Jerit..” - Pu Riz Terkejut, Sedih Di Marahi Jawatankuasa Masjid Ketika Berehat Tunggu Waktu Solat

gempak
06/09/2024
01:54 MYT
Pendakwah selebriti, PU Riz meluahkan rasa kecewa selepas dimarahi oleh seorang jawatankuasa masjid.
Gaya Hidup

Jojo Ghazali Segak Berbaju Melayu Di Amerika Syarikat, Ready Masuk Gelanggang Esok!

gempak
05/09/2024
10:21 MYT
Peninju Muay Thai popular tempatan, Johan Ghazali mencuri tumpuan apabila menggayakan sepersalinan baju Melayu pada sesi temubual sebelum acara ONE 168 yang dijadualkan berlangsung esok.
Hiburan

Zaki Yamani Ada Sebab Rahsiakan Result SPM - “Ayah Tak Duduk Sekali, Jadi Tak Rasa Nak Luah Pada Dia”

gempak
20/08/2024
12:55 MYT
Penyanyi Zaki Yamani memaklumkan dia mempunyai alasan sendiri mengapa merahsiakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehnya baru-baru ini.