Hiburan

“Masih Terbayang Dia Menangis Bersama Saya Seperti Kehilangan…” - AC Mizal Imbau Kenangan Bekerjasama Dengan A Galak

gempak
Asyikin Mayudin
09/12/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
“Masih Terbayang Dia Menangis Bersama Saya Seperti Kehilangan…” - AC Mizal Imbau Kenangan Bekerjasama Dengan A Galak
Pengacara Datuk AC Mizal turut berbangga dengan pelakon A Galak yang menerima pengiktirafan Anugerah Khas Sepanjang Zaman di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) pada malam Sabtu.

Belajar ilmu berlakon

AC Mizal menerusi Instagram memberitahu dia banyak mempelajari ilmu berlakon terutama babak berlawan dalam drama Roda-Roda Kuala Lumpur dan Gerak Khas daripada A Galak.

ARTIKEL BERKAITAN: Syarikat Stesen TV Didakwa Tak Bayar Gaji Pekerja, AC Mizal Tampil Beri Respons – “Kami Mempunyai Semua Bukti”

ARTIKEL BERKAITAN: FFM33: Selepas 60 Tahun Dalam Industri, A Galak Syukur Terima Anugerah Pertama - “Saya Bermula Dari Bawah…”

“Tahniah Abang A Galak @a.galak_zakaria terharu saya sebab kami bekerjasama lama dan dia banyak mengajar saya berlakon especially dalam scene fighting.

“Setiap hari kami bergelak ketawa dalam drama Roda-Roda Kuala Lumpur dan Gerak Khas. Dia adalah kawan dan juga figura bapa saya. Abang A Galak sentiasa menasihati saya dan berkongsi pengalaman.

“Dia seorang yang sangat disiplin dan sentiasa kemas di dalam dan luar set. Komitment kerja yang sangat tinggi,” kongsi AC Mizal menerusi Instagram.

Imbau kenangan

Pada perkongsian yang sama, AC Mizal turut mengimbau kenangan dia bekerjasama dengan A Galak ketika dalam drama Gerak Khas.
“Masih ingat lagi kami berlari mengejar penjahat di belakang lorong pejabat skop production sampai ke pagi dan saya selalu fikir kalau abang Galak boleh buat takkan saya tak boleh.

“Banyak kenangan saya bersama dia especially bila saya undur diri dari Gerak Khas masih terbayang dia menangis bersama saya seperti satu kehilangan besar sahabat, rakan kerja dan bapa kepada saya.

“I love u abang Galak dan memang sepatutnya abang A Galak penerima anugerah ini. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Tahniah! Kata-kata terakhir abang Galak, sungguh bermakna buat saya,” katanya.
A Galak menerima pengiktirafan Anugerah Khas Sepanjang Zaman di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media malam tadi.
Menurut A Galak atau nama sebenarnya Zakaria Ahmad 84, ini merupakan anugerah pertama selepas 60 tahun berkecimpung dalam industri seni hiburan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024