,
Laman Utama

Masih Subur, Mas Idayu Enggan Ambil Risiko Hamil - "Saya Nak Ada Anak Lelaki..."

Amri Hassan
14/12/2022
02:55 MYT
Penyanyi dangdut popular Mas Idayu akui kesihatan dalamannya masih lagi subur dan punyai peluang cerah untuk mendapatkan zuriat.
Bagaimanapun, Mas Idayu, 50, enggan menanggung sebarang risiko yang boleh membahayakan kesihatannya seandainya hamil.
"Dari dulu lagi saya nak anak lelaki dan saya sukakan kanak-kanak. Namun, di usia sekarang ini saya perlu elakkan daripada terdedah dengan risiko yang boleh membahayakan diri.
"Bukan peluang (hamil) itu tiada, tapi saya sedikit menghalang supaya saya kekal sihat. Lagipun saya kahwin ini untuk gembira, bahagia serta saling menjaga antara satu sama lain. Bukan kahwin untuk sakit.
"Alhamdulillah suami pun faham dan dia sendiri mengaku jika saya hamil akan membahayakan diri saya," katanya kepada Gempak.
Mas Idayu yang ditemui ketika konsert akhir Getaran Jiwa di Kuching, Sarawak baru-baru ini berkata dia tidak pernah menolak rezeki Allah, namun jika memudaratkan dia sebolehnya enggan hamil.
"Bayangkan kalau saya dikurniakan anak, dengan usia yang semakin bertambah dan tua serta risiko lain yang perlu saya hadap.
"Macam mana saya nak jaga anak. Kalau saya tiada macam mana? Banyak faktor yang kami berdua fikir, tapi kami tak pernah menolak rezeki Allah," katanya.
Pada 16 September lalu, Mas Idayu bernikah kali kedua dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, yang mendapat tajaan majlis perkahwinan daripada beberapa pihak bernilai RM7 juta sekali gus digelar 'wedding of the year'.
Sebelum ini, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Aman Graseka pada 1997 tetapi bercerai pada 2006.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Nur Dayini Ashiqah, 25.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Hiburan

“Permintaan Dia Sebelum Menutup Mata…” - Kiah Propa Kembali Berkahwin, Mahu Jaga Bekas Suami Sakit Kanser Leher

gempak
18/11/2024
08:25 MYT
Pelakon dan usahawan, Kiah Propa memilih untuk kembali melangsungkan perkahwinan bersama bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail.
Berita

Wanita Hamil, Anak 4 Tahun Hilang Selepas Keluar Beli Makanan

gempak
15/11/2024
05:25 MYT
Seorang wanita hamil lapan bulan dan anak lelakinya yang berusia empat tahun, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli makanan di sebuah kedai di Jalan Pintasan Kuantan, pada Rabu ditemui selamat oleh pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.
Hiburan

Kahwin Setengah Tahun, Pejabat Agama Dedah Rizky Febian-Mahalini Belum Daftar Nikah

gempak
14/11/2024
03:20 MYT
Sejak menikah pada 10 Mei 2024, rumah tangga Rizky Febian dan Mahalini sudah beberapa kali diterpa kontroversi.
Unitar