Laman Utama
Masih Relevan! Kelly Azman Bangga Rakam Lagu Yang Dicipta Untuk Siti Nurhaliza - "Alunan Vokal Saya Sedap Didengar"
Gembira masih dilihat relevan, penyanyi Kelly Azman bangga apabila diberi kepercayaan oleh komposer Mohariz bagi membawakan lagu Dustakan Cinta yang sepatutnya dicipta untuk penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Mengakui diri bukan seorang penyany yang mempunyai vokal Jebat, Kelly memberitahu dia sanggup mengambil insiatif sendiri dengan memasuki kelas vokal Cikgu Azreen.
“Saya bangga kerana orang melihat saya dari sudut relevan. Sebelum ini, orang hanya pandang rendah. Memang saya bukan jenis penyanyi power vocal. Tapi, alunan vokal saya sedap didengar.
“Untuk membawakan lagu ini, saya turut mendapat khidmat Cikgu Azreen yang pernah mengajar vokal untuk penyanyi-penyanyi lain,” katanya kepada Gempak.
Kelly ditemui ketika majlis pelancaran lagu terbaharunya berjudul Dustakan Cinta di Hotel Grand Barakah, Ampang, Kuala Lumpur pada baru-baru ini.
Ia merupakan single keempat Kelly selepas lagu No No No serta dua lagu raya berjudul Kepulangan Di Hari Raya dan Nikmat Di Hari Raya.
Lagu Dustakan Cinta ini sudah pun boleh didengar di semua platform penstriman muzik digital, manakala muzik videonya akan dilancarkan, hari ini, jam 9 di saluran YouTube, MVM.
Sementara itu, Kelly turut berkongsi pengalaman pernah putus cinta dengan seorang pramugari menerusi lagu yang liriknya ditulis bersama MJ dan KR.
“Kami putus cinta apabila dia (bekas kekasihnya), mahukan saya bertugas sebagai pramugara. Dia mahu kami memiliki kerjaya yang sama.
“Tapi, saya tidak lepas kerana mempunyai penyakit rabun mata. Jadi, dia tinggalkan saya dengan mencari lelaki yang lebih kaya dan berkedudukan,” katanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video