Hiburan
Masih Cari Rentak, Fiza Frizzy Enggan Diri Dibandingkan Dengan Pengacara Berpengalaman - “Dia Berada Di Atas, Saya Pula…”
Pengacara Fiza Frizzy berharap orang ramai tidak membandingkan dirinya dengan pengacara terkenal seperti Elly Mazlien.
Menurut Fiza atau nama sebenarnya Fiza Saad, dia masih berada di peringkat awal dalam dunia pengacaran dan sebarang perbandingan dengan pengacara berpengalaman adalah tidak adil.
"Tak baik buat perbandingan. Kak Lina Pom Pom (Elly Mazlein) berada di atas, saya pula dekat lantai… mungkin bawah tanah sekali!
"Elly ada karakternya sendiri, begitu juga dengan Rina Nose dan Sherry Alhadad. Lagipun, saya bukan pelakon, jadi saya masih mencari identiti dan karakter saya sendiri sebagai pengacara," katanya kepada Gempak.
Fiza berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran UNIFI TV Originals yang berlangsung di Boathouse By The Lake, Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Fiza turut mengakui berasa takut apabila dibandingkan dengan pengacara lain, terutamanya mereka yang lebih berpengalaman.
“Walaupun sudah 12 tahun dalam industri, saya tetap rasa seperti orang baharu. Mengacara program realiti di stesen TV ini adalah pentas besar pertama saya.
"Banyak yang perlu dipelajari, dan saya sangat mengalu-alukan kritikan membina supaya saya dapat memperbaiki diri,” jelasnya.
Masih Mencari Gandingan Serasi
Selain itu, Fiza juga menyatakan dia masih dalam usaha mencari rakan gandingan yang sesuai bagi memperkukuhkan kredibilitinya sebagai pengacara.
"Mungkin saya belum bertemu dengan pasangan pengacara yang benar-benar boleh mendukung saya kerana ini adalah percubaan pertama saya.
"Siapa tahu, jika ada rezeki bergandingan dengan Haniff atau Hamzah, mungkin dalam 10 atau 15 tahun lagi, saya boleh berada dalam kelompok pengacara hebat. Tapi buat masa sekarang, perjalanan saya masih jauh,”katanya.
BERITA BERKAITAN: Untunglah! Dapat Meet & Greet Dengan 10 Duta Terkenal Jakel - "Jangan Risau, Parkir Luas, Buggy Pun Ada"
BERITA BERKAITAN: “Adik-Beradik Pun Boleh Gaduh” - Perselisihan Faham Antara Elly Mazlein & Nabil Ahmad Kembali Jernih Semula
BERITA BERKAITAN: Elly Mazlein Menangis, Beri Ciuman Terakhir Untuk Arwah Adik Alisa Umairah - “Berehat Ya, Kami Rakyat Malaysia Akan Sentiasa…”
BERITA BERKAITAN: Kesihatan Alisa Umairah Merosot, Elly Mazlein Mohon Doa Rakyat Malaysia
Must-Watch Video