,
Laman Utama

Masih Cantik Walau Berpeluh Berpanas, Peminat Samakan Jasmine Suraya Dengan Lisa Blackpink!

Amri Hassan
06/09/2023
13:57 MYT
Pelakon Jasmine Suraya menegaskan tiada niat untuk membandingkan dirinya dengan bintang tersohor Korea Selatan, Lisa Blackpink!
Jelas Jasmine, dia sebaliknya mengagumi semangat dan personaliti bintang Korea Selatan, Lisa Blackpink yang pernah menyertai rancangan realiti Real Men 300.
Biarpun berdepan dengan pelbagai halangan, berpanas dan berpeluh, Lisa masih kekal menawan dan berkarismatik.
"Saya dah tak fikir nak nampak cantik-cantik dah semasa penggambaran.
Apa yang saya fikir hanya pastikan semua cabaran berjaya dilakukan," katanya.
Terdahulu, Jasmine memuat naik hantaran di Instagram meletakkan fotonya ketika menyertai Real Men Malaysia: Wira Merah bersama-sama gambar Lisa.
"Siapa sayang @lalalalisa_m angkat tangan!! Omg she’s soooo pretty! Ha nie ha, akak bomba dengan Lisa @blackpinkofficial
"Shoot Real Men Korea pon nampak cantik sangat, kita pulak lintang pukang. Ini pon nak ambik 2 jam cari gambar yang cantik-cantik to match up ngan Lisa," tulis Jasmine.
Hantaran Jasmine itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang turut memuji semangatnya menyertai rancangan Real Men Malaysia: Wira Merah.
Tambah Jasmine lagi; "Saya sebenarnya sedang mempromosikan rancangan realiti yang saya sertai iaitu Real Men Malaysia: Wira Merah. Rancangan ini diadaptasi daripada idea asal siri TV, Real Men dari Korea Selatan.
" Lisa merupakan salah seorang daripada peserta itu. Jadi saya seronok tengok halangan yang Lisa dah lalui, mengingatkan cabaran yang saya juga lalui di Real Men."
Untuk rekod, selain Lisa Blackpink, Real Men edisi Korea Selatan turut disertai oleh bintang lain seperti Yook Sungjae, Jackson Wang, Park Hyung-sik dan ramai lagi.
Rancangan itu mendapat sambutan hangat dari serata dunia kerana memaparkan sisi lain bintang-bintang terkenal dalam menghadapi cabaran yang dilalui oleh anggota badan beruniform negara itu.
Gementar shooting Real Men Malaysia: Wira Merah Jasmine yang sudah menjalani penggambaran Real Men Malaysia: Wira Merah selama satu bulan itu di sekitar Terengganu mengakui ia adalah antara pengalaman paling bermakna sepanjang kariernya dalam industri hiburan.
"Ketika menerima tawaran daripada Astro, saya akui agak gementar. Yelah, kena berpanas, berhujan dan kena buat semua cabaran dan latihan fizikal yang dilalui oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Tapi saya tahu, saya boleh buat!
"Disebabkan program ini juga saya ada kawan-kawan baru dalam industri. Kami kerap melepak bersama walaupun dah habis penggambaran. They are all fun to hang out with," ujarnya.
Selain Jasmine Suraya, Rancangan realiti tv Real Men Malaysia: Wira Merah yang bersiaran setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di Astro Ria 104 itu turut disertai oleh Hawa Rizwana, Arieff Yong, Daniel Cheang, Eric Lay, Mat Redho, Shashic dan Wafiy.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.