,
Berita

Masih Berstatus Bujang Menyambut Raya, Awi Rafael Akur

Asraf Aided
15/05/2019
07:20 MYT
Penyanyi Awi Rafael akur bakal menyambut Aidilfitri tanpa seorang isteri ekoran pembatalan perkahwinannya bersama pelakon Atikah Suhaime baru-baru ini.
Menurut Awi, dugaan yang dilaluinya itu amat kecil jika dibandingkan dengan masalah besar yang dihadapi oleh orang lain.
“Alhamdulillah, saya akur dengan takdir saya, apa yang saya lalui ini sangat kecil jika dibandingkan dengan masalah yang lebih besar yang pernah dilalui oleh orang lain.
“Ada peminat saya yang pernah merancang untuk berbuka puasa bersama saya, namun tiba-tiba dia meninggal dunia, bayangkan perasaan ibu bapanya, tentulah dugaan itu lebih berat dari apa yang saya lalui.
“Untuk situasi saya, Atikah masih sihat dan menjalani kehidupan dengan positif, saya gembira melihat keadaannya sekarang, kami pun masih berkawan sehingga kini,” katanya kepada Gempak.
Awi ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Warner Music Malaysia bertempat di Hotel Royal Kuala Lumpur semalam.
Perkahwinan Awi dan Atikah sepatutnya berlangsung pada 17 Mac lalu, namun Awi mengumumkan pembatalan beberapa hari sebelum itu disebabkan beberapa perkara yang tidak didedahkan kepada umum.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Kalau Makan Lauk Melayu Atau Mamak Rasa Macam Nak Muntah" - Atikah Suhaime Kongsi 'Mual Series Mukbang' Makan Western Food, Netizen Speku Hamil?

gempak
15/09/2024
21:55 MYT
Perkongsian pelakon kelahiran Singapura, Datin Atikah Suhaime menerusi beberapa siri hantaran 'Mual Series Mukbang' di media sosial mengundang pelbagai tanda tanya dan spekulasi warganet.
Hiburan

Mula Rasa Mual & ‘Craving’ Makan Singgang Kuning, Netizen Syak Atikah Suhaime Hamil - “Apa-Apa Doakan”

gempak
21/08/2024
10:25 MYT
Perkongsian video pelakon Datin Atikah Suhaime yang pulang ke Singapura disebabkan teringin makan lauk singgang kuning masakan ibunya menarik perhatian netizen.
Hiburan

“Dia Tak Malu Pun Suami Belikan Kereta Second Hand Je” - Netizen Puji Atikah Suhaime, Humble & Sweet

gempak
19/05/2024
07:53 MYT
Pelakon, Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa gembira sebaik sahaja menerima hadiah sebuah kereta terpakai berjenama mewah daripada suami tersayang, Datuk Lokman Teh.
Hiburan

Atikah Suhaime Anggap Kehidupan Rumah Tangga Indah - “Mula-Mula Saya Nak Jadi Macam Datin Duduk Rumah…”

gempak
23/02/2024
09:55 MYT
Seronok dah kahwin.
Laman Utama

Menu Diet Atikah Suhaime Ikut Tekak Melayu! Love Sambal Petai & Salmon Kunyit

gempak
23/08/2023
04:50 MYT
Lauk macam ni bahaya boleh bertambah nasi, sedap.