,
Laman Utama

Masih Berbisa! Fattah Amin Rangkul Trofi Pelakon Terbaik Di World Film Carnival Singapore 2021

Amri Hassan
23/04/2021
09:50 MYT
Sedekad berada dalam belantera seni, pelakon Fattah Amin melakar sejarah peribadi apabila lakonannya dalam filem seram, Miimaland berjaya menobatkan namanya untuk mengungguli gelaran Aktor Terbaik di World Film Carnival (WFC) Singapore 2021.
Kemenangan Fattah itu diumumkan di laman sesawang WFC Singapore 2021, malam tadi.
Mengulas mengenai kemenangannya itu, Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin terkejut dengan kejayaan yang tidak pernah dimimpikan itu.
"Saya dimaklumkan mengenai kemenangan itu oleh pihak pengurusan. Sebaik sahaja melihat nama tertera sebagai pemenang kategori Aktor Terbaik, saya jadi terkejut... Memang saya tidak sangka.
"Secara jujur, masih banyak lagi yang perlu saya belajar daripada bidang lakonan. Ini bukanlah yang terbaik kerana masih ada filem saya belum ditayangkan dan saya tidak sabar untuk menyaksikan hasilnya.
"Bagaimanapun, saya anggap kemenangan ini rezeki kerana ini adalah julung kali lakonan saya mendapat pengiktirafan peringkat di antarabangsa," katanya dalam nada teruja.
Menurut penyanyi lagu Kiriman Agung ini, kemenangannya itu juga mencatat momen manis buat filem Miimaland yang sebelum ini banyak merangkul anugerah di festival filem luar negara.
Antaranya, Miimaland dinobatkan sebagai Filem Seram Terbaik pada AltFF Alternative Film Festival Spring 2021 di Toronto, Kanada awal April lalu.
Karya sentuhan Nevin Hiong ini juga berjaya menggondol trofi Pengarah Terbaik selain menjadi finalis bagi kategori Sinematografi Terbaik festival tersebut.
Berkongsi mengenai watak dibawa dalam Miimaland, Fattah menjelaskan karakter Ariel sangat berbeza dan memerlukannya bermain emosi.
"Ini adalah filem seram pertama lakonan saya. Cabarannya adalah bagaimana mahu bermain dengan emosi dan pemahaman terhadap sesuatu karakter itu.
"Selain itu, berikutan genre filem ini seram, kebanyakan penggambarannya dibuat pada waktu malam dan lokasinya dalam hutan. Suasana itu sendiri memberikan pengalaman baharu buat saya.
"Gangguan mistik ketika penggambaran juga menjadi antara cabaran yang terpaksa dihadapi ketika membintangi filem ini," dedah pemegang Ijazah Pengurusan Industri Kreatif Universiti Utara Malaysia (UUM) ini.
WFC adalah sebuah medium yang menyokong pembikin filem bebas untuk mengembangkan karier mereka dalam bidang yang sangat kompetitif ini dengan mempamerkan karya mereka di platform global yang memberi mereka pengiktirafan dan penghargaan.
WFC juga berperanan sebagai platform besar untuk artis-artis baharu dan juga menjadi tempat pembuat filem terkenal di seluruh dunia berkumpul dan bertukar idea.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Idzham Ismail Tengah ‘Tunggu Bidadari Baru’, Netizen Rancak Beratur Tawarkan Diri Nak Jadi Teman Hidup - “Saya Dah Lupakan Fattah Amin”

gempak
24/11/2024
08:55 MYT
Sejak kes penceraian, nama pelakon, Idzham Ismail sering mencuri perhatian netizen.
Hiburan

Jom Geng Singapura, Bergelak Tawa Dengan Sepahtu Reunion Live 30 November Nanti! - "Ada Cameo Anna Jobling & Maria Farida"

gempak
21/11/2024
11:56 MYT
Setelah kejayaan luar biasa Sepahtu Reunion Live di Malaysia, penganjur utama Eventify Pte Ltd kini berbesar hati membawa gelombang komedi Malaysia ke Singapura!
Hiburan

Semakin Mendonia! Fattah Amin Kini Ketua Eksekutif Pemasaran Kambing Perap - “Saya Harap Dia Mampu…”

gempak
20/11/2024
06:25 MYT
Berita tersebut telah diumumkan menerusi satu hantaran di Instagram pada Rabu.
Hiburan

Ejen Insurans Kongsi Kisah Caruman Takaful Fattah Amin - “Ubah Penama Hibah Pada Ibu, Agih Pada Fatimah Jika...”

gempak
15/11/2024
07:25 MYT
Seorang perancang kewangan iaitu Syafique Zainuddin tampil berkongsi mengenai kisah caruman takaful pelakon Fattah Amin.
Hiburan

Sufi Rashid, Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Sabreen Aleyna - "Rasa Excited, Pemberian Allah Terbesar"

gempak
14/11/2024
06:41 MYT
Penyanyi dan usahawan Sufi Rashid dan isteri, Nurulain Md Yusof, memanjatkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata sulung pada 12 November lalu.
Unitar