,
Laman Utama

Masih Banyak Pergerakan! Sekatan Jalan Raya Dipertingkatkan Sehingga 1,000

Asraf Aided
04/06/2021
10:07 MYT
Ekoran masih banyak pergerakan kenderaan terutama di Kuala Lumpur dan Selangor, jumlah sekatan jalan raya (SJR) akan dipertingkankan sehingga mencecah 1,000 hari ini.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, setakat semalam, terdapat 887 SJR dan 43 SJR Op Benteng diadakan di seluruh negara menjadikan jumlah keseluruhan 930.
"Setakat malam tadi, 86,000 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara. Hasil pemantauan dilakukan sejak hari pertama pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, saya dapati masih ada banyak pergerakan kenderaan terutama di Kuala Lumpur dan Selangor.
"Saya sudah arahkan Ketua Polis Negara (Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani) untuk menambah jumlah SJR terutama di dua negeri ini bagi mengehadkan pergerakan kenderaan yang banyak di kawasan berkenaan.
"Selain itu, beberapa lokasi di Pulau Pinang juga akan ditambah jumlah SJR kerana banyak pergerakan kenderaan," katanya seperti yang dipetik dari Harian Metro.
Dalam pada itu, Hamzah mengatakan pihaknya akan menugaskan pasukan pemantauan di pintu masuk pusat beli belah pada hujung minggu dan Isnin ini untuk mengelakkan orang ramai berkumpul.
Tambahan lagi, Isnin yang bakal menjelang adalah hari cuti umum sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.
"Kita bimbang pusat beli-belah di seluruh negara akan menjadi tumpuan orang ramai untuk aktiviti riadah dan berkumpul berikutan cuti hujung minggu yang panjang pada tiga hari berkenaan.
"Dalam tempoh ini, saya minta tolong kepada semua supaya tidak menjadikan pusat beli-belah sebagai lokasi untuk bertemu atau berjumpa kecuali mereka yang mahu membeli barangan penting sahaja," katanya.
Tambah Hamzah, sepanjang empat hari pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, penurunan pergerakan seluruh negara berlaku pada hari pertama, namun meningkat pada hari-hari seterusnya.
"Berdasarkan tinjauan yang saya lakukan pada hari pertama di lokasi SJR, pergerakan kenderaan menurun. Namun, tinjauan pada hari kedua dan ketiga mendapati terdapat pertambahan jumlah kenderaan di beberapa lokasi.
"Saya tidak berpuas hati dengan jumlah pergerakan kenderaan yang dilihat meningkat dan akan mempertingkatkan jumlah pemantauan dan SJR di lokasi yang dikenal pasti," katanya lagi.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Berita

Polis Kesan Individu Pukul OKU Di Dataran Shah Alam

gempak
16/11/2024
05:25 MYT
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memukul sehingga mencederakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Dataran Shah Alam 10 Nov lepas, yang tular baru-baru ini.
Berita

Anak Lapor Polis Selepas Simpan Mayat Ibu Dalam Peti Sejuk Beku Sejak 2021

gempak
12/11/2024
11:55 MYT
Menurut sumber, anak lelaki mangsa yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.
Berita

Banyak Spekulasi Tidak Benar, Kami Serbu 5 Pagi - Polis Thailand

gempak
09/11/2024
18:55 MYT
Polis Sungai Golok mendakwa banyak spekulasi yang tidak benar berhubung tangkapan enam suspek rakyat Malaysia di sebuah hotel, Sungai Golok, Thailand baru-baru ini.
Berita

Ibu Hantar Anak Degil, Suka Melawan Ke Balai Polis

gempak
08/11/2024
18:55 MYT
Media tempatan melaporkan, Satrio Tomayahu,19, dihantar oleh ibunya Nunlawati Beu,42, ke balai polis Dungingi, Kabubaten Gorontola bagi memberi pengajaran kepada anaknya itu baru-baru ini.
Unitar