,
Laman Utama

"Masa Senang The Public Always Supported Us, Bila Susah.." - Cef Wan Pesan Jangan Obses Kejar Kekayaan

Faizal Saharuni
14/07/2021
06:50 MYT
Tidak dapat turun padang menjayakan seruan #BenderaPutih akibat kondisi kesihatan kurang mengizinkan, cef selebriti, Cef Wan, 63, bagaimanapun tetap menyokong inisiatif pasukannya, De.Wan 1958 menghulurkan bantuan berupa makanan kepada pihak memerlukan.
Menerusi hantaran di Instagram milik beliau, @_chefwan58 melahirkan ucapan terima kasih kepada tenaga kerja terlibat dalam menjayakan misi bantuan itu terus kepada rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
I don’t want semasa senang the public always supported us bila susah ini bayang kita pun tak nampak,” ujarnya terisi maksud mendalam.
Sinonim dengan sikap dermawan, beliau memperuntukkan sejumlah wang daripada pendapatan bulanan sendiri bertujuan disalurkan kepada pelbagai rumah kebajikan sejak dulu lagi.
Enggan dibayangi perasaan tamak dan obses terhadap wang ringgit semata, bapa tunggal kepada dua cahayamata itu meletakkan kesederhanaan sebagai asas kehidupan.
I don’t need a lot of money for myself too. Makan sikit-sikit cukuplah. Even if I am hungry I still have berpuluh-puluh of my Chefs or my close friends to feed me,” ujar beliau.
Mengungkap persoalan apalah erti hidup dikelilingi kemewahan jika tanpa berusaha menyumbang kebajikan di akhirat.
In life you cannot be greedy and obsessed by wealth,” nasihat beliau agar kita tidak leka mengejar soal harta dunia sehingga amalan berbuat baik sesama manusia terabai.
Sebelum mengakhiri entri, beliau sempat memberi perkongsian kepada wargamaya bahawa janji Allah tidak akan memiskinkan manusia yang suka memberi atau bersedekah. Hantaran itu mendapat jumlah 20,708 tanda suka daripada peminat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Sedekahkan Makanan Untuk Gelandangan, Abbe Hae Dipilih Juara Edisi Ogos! - "Semuanya Kerana Allah"

gempak
08/09/2024
16:00 MYT
Aktivis terkenal, Abbe Hae tidak menyangka dirinya diundi sebagai pemenang utama Wonda Coffee Keluang Man Of The Month edisi Ogos.
Viral

Pasangan Jutawan Beri Harta, RM20 Juta Kepada Orang Awam Untuk Jadi Sami

gempak
20/04/2024
13:50 MYT
Pasangan usahawan yang juga jutawan terkenal dari Gujarat, India sanggup melepaskan kehidupan mewah demi menjadi sami
Terkini

Individu Ini Jual Koleksi Hotwheels Kesayangan Untuk Beli Kit Solat Bagi Kegunaan Surau, Masjid

gempak
02/04/2024
11:55 MYT
Pencipta kandungan Eky Ekmarl Che Det atau lebih dikenali sebagai CEO Rakyat sanggup menjual barangan peribadi dan koleksi mainan seperti Hotwheels kesayangannya untuk berkongsi rezeki dalam Ramadan ini.
Viral

Wanita Minta Sedekah ‘Kantoi’ Pandu Kereta Honda CRV, Mengaku Tak Berduit - “Ini Kereta Kawan Saya…”

gempak
26/03/2024
06:55 MYT
Isu penipuan dalam peminta sedekah bukanlah sesuatu yang asing lagi pada zaman sekarang. Oleh sebab itu, orang ramai kebanyakkannya tidak yakin ataupun kadangkala kurang ikhlas untuk memberi sumbangan kerana bimbang ditipu oleh golongan berkenaan. Begitulah sinonimnya perkara itu dengan satu video yang tular baru-baru ini, di mana entri tersebu
Viral

Tak Bantu Warga Asing Minta Sedekah, Netizen Puji Tindakan Zakat Selangor

gempak
29/12/2023
12:55 MYT
Sedekah kepada yang betul-betul memerlukan