,
Hiburan

"Masa Angkat Beg, Dia Kata Kepala Dia Berpusing" - Tok Ram Diserang Vertigo, Sambutan Hari Jadi Alyah Terbantut

Umirah Halim
06/01/2024
09:16 MYT
Penyanyi, Datin Alyah berkongsi keadaan kesihatan suaminya, Datuk Ramli MS atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Ram yang dipercayai terjejas akibat vertigo.
Menerusi hantaran video yang dikongsi akaun Instagramnya, mereka dipercayai dalam perjalanan ke Singapura, namun terpaksa berpatah balik kerana belum memperbaharui permit kereta.
“Sampai di Tuas, kereta saya tidak boleh masuk sebab belum renew permit.
“Jadi kami patah balik ke stesen bas Larkin untuk cari teksi ke Singapura, dari situ lah bermula Tok Ram kena vertigo semasa kami mencari teksi.
“Masa nak angkat-angkat beg Tok Ram kata kepala dia berpusing.
“Selepas kami sampai di checkpoint Woodlands, Tok Ram minta tolong hantar dia ke hospital” tulis Alyah di dalam video tersebut.

Berita Trending: Perodua Setuju Beli Kereta Bezza Rosak Dengan Harga Penuh, Pemilik Syukur - “Kerana Gula, Semut Bersatu”

Selain itu, Alyah turut meluahkan rasa syukur kerana ketika kejadian tersebut dia ditemani oleh individu yang dipanggil, Kak Nomah yang dijumpainya ketika mereka sedang mencari teksi.
“Alhamdulillah, Allah SWT hadirkan orang yang baik bantu saya, Kak Nomah terus ke hospital dan bawa Tok Ram ke bahagian emergency untuk check semuanya.
“Saya menunggu Tok Ram dari pukul 3 pagi hingga 6 pagi ditemani oleh Kak Nomah yang sama juga kehulu hilir,” tulis nya pada hantaran tersebut.
Dalam pada yang sama, Alyah turut memohon maaf kerana tidak dapat membalas mesej kerana sibuk mengurus Tok Ram untuk pemeriksaan kesihatan.
“Kepada yang hantar ucapan birthday di WhatsApp dan tidak dibalas saya mohon maaf sangat kerana kesihatan Tok Ram masih belum baik.
“Jadi, kebanyakan waktu saya penuh dengan urusan seperti driving dan teman Tok Ram check up dan lain-lain.
“Memang tidak sempat untuk membalas mesej kalian. Tapi apa-apa pun terima kasih banyak atas doa dan ucapan,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kongsi Video Luang Masa Dengan Anak, Netizen Puji - “Very Fatherly Tok Ram, Dalam Serius Ada Lembut..”

gempak
12/09/2024
06:25 MYT
Sejak kehadiran anak angkat sebagai penyeri hidup, Datin Alyah dilihat sering berkongsi momen keluarga kecilnya di media sosial.
the-hardest-singing-show

THSS: Hadir Ke Konsert The Hardest Singing Show, Netizen Puji Tok Ram - “Comelnya Sokong Bini”

gempak
17/05/2024
03:55 MYT
Kehadiran pengarah muzik, Datuk Ramli MS ke konsert minggu pertama The Hardest Singing Show pada Ahad lalu mencuri tumpuan orang ramai baru-baru ini.
Hiburan

Pernah Hidap Penyakit Vertigo, Raja Azmi Kongsi Nasihat Berguna Daripada Doktor - “Jangan Guna…”

gempak
10/01/2024
02:55 MYT
Boleh lah elak lepas ni
Laman Utama

Alyah & Aishah Beri Semangat! Kempen Lose To Win Bantu Perangi Obesiti, Mahu Taja 20 Individu Secara Percuma

gempak
18/12/2023
04:55 MYT
Kempen Lose To Win bantu perangi obesiti.
Gegar Vaganza All Star

Isu Lagu Kisah Hati, Datin Alyah Dah Tutup Buku - “Segala Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah”

gempak
12/12/2023
02:55 MYT
Datin Alyah dah tutup buku.