,
Laman Utama

Mas Idayu & Sissy Iman Dah Berbaik, Ajai Saksi Mereka Berpelukan; “Dia Budak Bijak…”

Shahrin Zulkifle
06/02/2023
03:00 MYT

Juri tetap sebuah acara nyanyian, Mas Idayu dikhabarkan sudah berbaik dengan salah seorang peserta pertandingan tersebut iaitu Sissy Iman selepas dilihat mereka berpelukan antara satu sama lain.

Momen tersebut dikongsi dan diceritakan semula oleh rakan juri iaitu Ajai kepada pihak media.

“Ini tadi dia (Mas Idayu) dah peluk Sissy,” ringkas Ajai.

Sementara itu, menurut Mas Idayu atau mesra disapa Mommy, dia mengakui Sissy adalah seorang penyanyi yang bagus.

Justeru, Mas Idayu menjelaskan insiden dia mengkritik Sissy dan pasangan duo Naim Daniel adalah kerana sayang.

“Mommy peluk Sissy, siapa bagi tahu? Ajai la ni kan. Sebenarnya anak ini (Sissy) dia dah faham daripada awal. Saya pernah cakap dengan dia, I know you can do it. Sebab dia bagus.

“Bila insiden tersebut berlaku, saya sangat mengalukan netizen maki hamun saya tapi jangan peserta, itu sebab saya tidak bersuara langsung.

“Ada juga peserta yang mesej saya personal bagi tahu, mereka nampak yang saya benar-benar sayang Sissy dan Naim.

“Saya diam dan tak reply pun mesej tersebut, sebab apa? Sebab orang luar pun boleh nampak yang saya marah beria daripada orang lain tanda sayang,” katanya.

Susulan insiden mengkritik Sissy, pelantun lagu Goyang Bali itu turut mendedahkan dirinya menerima banyak mesej dengan kata kata kesat daripada netizen.

“Waktu dia buat keroncong hari tu memang jadi lain daripada lain. Keadaan menjadi teruk, saya memang tak boleh nak tolong.

“Tapi selepas seminggu, saya tengok dia belajar sesuatu. Sebab itu saya membiarkan sahaja dan tidak mengulas lanjut.

“Dalam tempoh seminggu isu tersebut hangat diperkatakan, saya terima banyak komen dan mesej yang cakap saya b*bi, cel*ka, si*l, tapi satu pun saya tak balas.

“Saya sanggup dimaki, saya tak nak komen sebab saya tak mahu orang kecam peserta. Biar saya yang jadi mangsa. Mommy nak Sissy jadi kuat juga. Sissy budak yang bijak,” tambahnya.

Terdahulu, kecoh apabila Sissy Iman dan Naim Daniel yang menyertai sebuah program realiti televisyen dikritik secara kasar oleh juri tetap selepas menyanyikan lagu Jampi nyanyiab asal Hael Husaini dalam irama keroncong.

Akibat insiden tersebut, Sissy tidak dapat menahan sebak dan terus menangis di atas pentas. Insiden itu juga membuatkan Sissy seolah-olah hilang semangat dan membatalkan pelancaran album sulung yang sepatutnya berlangsung pada awal Februari lalu.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
kaharkaplahighcouncil

Kahar Kapla High Council

gempak
11/06/2024
12:58 MYT
Jom! Jom! Jangan tunggu last minute untuk korang join Peraduan Lesen High Council
the-hardest-singing-show

THSS: Raih Posisi Juara Minggu Ke-5, Aepul Roza Dedah Persembahan Terinspirasi Daripada Naim Daniel

gempak
10/06/2024
12:55 MYT
Penyanyi, Aepul Roza mengakui persembahannya pada minggu kelima konsert The Hardest Singing Show (THSS) diinspirasikan daripada persembahan penyanyi Naim Daniel ketika di Anugerah Juara Lagu Ke-34.
Hiburan

Solidariti Artis Untuk Program Malaysia4Palestin

gempak
25/05/2024
06:55 MYT
Penyanyi Naim Daniel menganggap program Malaysia4Palestin merupakan satu inisiatif untuk selebriti memberi sumbangan dari segi tenaga kerja selain sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.
Hiburan

Ada Yang Masih Ragu-Ragu Naim Daniel & Sissy Iman Sepupu, Ini Jawapan Tuan Punya Badan

gempak
21/05/2024
11:50 MYT
Biarpun penyanyi, Naim Daniel sebelum ini sudah memaklumkan bahawa dirinya dan Sissy Imann merupakan sepupu, namun masih ada lagi yang ragu-ragu dengan status tersebut.
Hiburan

“Jangan Bersifat Personal, Sekarangkan Dah Bergaduh Sesama Bangsa, Ugut Sana Sini” - Scha Al-Yahya

gempak
16/05/2024
04:55 MYT
Pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya meluahkan rasa terkilan dengan tindakan segelintir netizen yang melemparkan kata-kata negatif dan ugutan terhadap selebriti disebabkan gerakan Blockout 2024.