,
Laman Utama

Marabahaya Underground, Sebuah Filem Aksi Kereta Yang Bukan Calang-Calang!

Izwan Isa
27/11/2021
12:50 MYT
Tidak dinafikan, filem aksi yang bertemakan kereta merupakan antara genre filem yang kerap menarik perhatian penonton. Apatah lagi jika ia melibatkan jalan cerita yang menarik serta suntikan aksi yang mengagumkan.
Bagi meneruskan adrenalin penonton yang gemar menyaksikan filem-filem bertemakan aksi dan kereta, Astro First bakal mempersembahkan filem aksi komedi berjudul Marabahaya Underground dan boleh mula ditonton pada 2 Disember ini.
Penerbit Eksekutif dan Pengarah Filem Filem Marabahaya Underground, Cat Farish berkata: “Sejak kebelakangan ini, industri filem tempatan jarang menghidangkan filem bertemakan aksi kereta. Kami yakin filem sebegini masih mempunyai kelompok peminat tersendiri, dan ia terbukti dengan sambutan positif dalam kalangan penonton tanah air terhadap filem-filem aksi kereta dari luar negara.
“Jadi, kami tampilkan Marabahaya Underground dengan adegan-adegan aksi memukau dan dimantapkan lagi dengan elemen komedi. Malah, kami turut membuat suntingan menggunakan teknik terkini bagi memastikan dapat menampilkan ‘look & feel’ yang segar.
“Filem ini juga menampilkan lebih 10 lagu lagu hip hop yang baru daripada artis ‘underground’ hip hop. Kami berharap kehadiran filem ini mampu memberi persepsi dan kepuasan baru kepada penonton terhadap filem aksi kereta tempatan,” katanya yang turut menggalas tanggungjawab sebagai pelakon dalam filem ini.
Sementara itu, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad pula berkata, tahun ini menyaksikan deretan filem dengan genre serta jalan cerita berbeza menghiasi platform Astro First.
“Kami akan terus fokus dengan membawakan variasi filem buat pilihan penonton. Bagi Marabahaya Underground, ia mempersembahkan karya yang bertemakan aksi kereta dan disulami dengan elemen komedi oleh barisan pelakon terkenal.
“Kami percaya tema aksi kereta masih relevan dan melalui filem Marabahaya Underground juga bakal menyaksikan transformasi filem yang membawa subjek kereta dari sudut kualiti penyuntingan. Kami harap ia mampu menyuntik keterujaan penonton untuk melihat sendiri kehebatan filem ini,” katanya.
Menariknya, buat peminat kereta, filem Marabahaya Underground adalah cukup dekat di hati anda kerana menampilkan kereta-kereta terhebat seperti, Mustang, Nissan Fairlady, Mitsubishi Evo dan Porsche.
Marabahaya Underground mengisahkan tentang Chon (Hazama) peminat sukan permotoran dan sangat mengidolakan Shah Dhani (Joey Daud), iaitu seorang raja drift Malaya. Namun, Shah Dhani juga merupkan seorang yang banyak hutang dan kaki judi.
Shah Dhani menggunakan Chon untuk melepaskan dirinya daripada hutang dan berjanji untuk menjadikan Chon anak didiknya dalam dunia ‘drift’ di Malaysia. Shah Dhani yang berhutang dgn Dotty (Jasmin Suraya) terpaksa melibatkan Chon di dalam kancah pekerjaan penghantaran duit dan barang terlarang tanpa pengetahuan Chon.
Pelakon-pelakon lain yang turut menghiasi filem terbitan produksi D’edge Communication ini adalah Santesh Kumar, Dayana Roza, Scha Elinnea dan Amzarul.
Manakala bagi penampilan istimewa seperti, wajah-wajah popular seperti Wahid Senario, Hamdan Senario, Amir Raja Lawak, Zalif Sidek serta Pelumba Supercar Negara, Zen Low, Pelumba Kereta Negara, Keifli Othman, Drifter Negara, Jian Hui Wong, dan Pelumba Rally Negara, Faizal Alang turut menghiasi Marabahaya Underground.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Dituduh Tidak Promosi Filem Sendiri, Ini Jawapan MK K-Clique

gempak
03/02/2022
09:50 MYT
MK berjanji untuk lebih peka selepas ini
Laman Utama

“Kalau Produser Minta Saya Kuruskan Badan Demi Watak, Saya Buat!” - Zalif Sidek

gempak
11/12/2021
02:50 MYT
Wah, komited!
Laman Utama

“Fuh.. Lain Macam Vibe Dia! Keep It Up Gaiss” - Netizen Teruja Tonton Klip Videp Velocity, OST Filem Marabahaya Underground

gempak
10/12/2021
08:50 MYT
Memang gempak habis!
Laman Utama

4 Sebab Hazama Suruh Tonton Marabahaya Underground, #1 Tu Memang Buat Peminat Kereta Love Sangat!

gempak
09/12/2021
09:50 MYT
Wahh macam best!
Laman Utama

Berlari Ketika Bulan Puasa Antara Cabaran Yang Dilalui Oleh Para Pelakon Marabahaya Underground Ketika Sesi Penggambaran

gempak
08/12/2021
12:20 MYT
Respek dengan para pelakon!