,
Hiburan

"Manusia Talam 2 Muka & Busuk Hati Itu Benar Wujud" - Isu Tunggakan Bayaran Teater, Che Mat Luah Rasa Tidak Puas Hati!

Hanafis Haris
02/05/2020
21:25 MYT
Kemelut isu tunggakan bayaran barisan pelakon teater Korupsi Dewan Semandung nampak gayanya semakin 'panas' apabila beberapa pelakonnya tampil meluahkan rasa tidak puas hati mereka di media sosial.
Antara yang lantang menyuarakan pandangan adalah bekas peserta Raja Lawak, Che Mat atau nama sebenarnya Rahmat Saidin.
Menerusi satu posting terbaru di Instagramnya, Che Mat dilihat kecewa apabila ada sesetengah pihak yang memintanya supaya bersabar.
"Adakah salah tuntut hak kami? Ramai suruh kami sabar, dua bulan tunggu banyak jawapan itu ini.
"Sekarang dia diam, tak sabarkah kami," katanya.
Menurut Che Mat lagi, dia juga kecewa apabila kebanyakan daripada mereka telah disekat di Instagram oleh pihak tersebut.
"Adakah kami salah lagi? Kebenaran apakah ini.
"Betul kami salah, kami salah bekerja dengan dia ni. Baru aku tau talam dua muka dan manusia busuk hati itui bernar wujud serta nyata," katanya.
Untuk rekod, Che Mat pada Jumaat lalu telah pun membuat laporan di Balai Polis Bandar Tun Hussein Onn Cheras.
Laporan polis itu susulan kegagalan pihak produksi Ogy Ventures & Network untuk melunaskan baki bayaran barisan pelakon teater, Korupsi Dewan Semandung yang dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Kata Kata Hikmat Dari OhG "SAYA TAK LARI.... TAPI SAYA BLAH MACAM TU SAJA.. " Kemonnnn Adakah Kami Salah Tuntut Hak Kami?? Ramai Jugak Yang Komen BEKAP SI OhG... Suruh Kami Sabar.. HeHeHE.. 2 Bulan Tunggu .Banyak Jawapan JawapanItu ini Itu Ini...Pastu Sekarang OhG Pulak DIAMM.. Tk SabarKah Kami? .KAMI Mintak Hak Kami..Kami Cerita Benda Yang Betul.. Kami Dah kena Block & Kena Remove Utk Fren DENGAN LAGENDA DRAMA OhG.. Adakah Kami Salah Lagi ??? Kebenarannnnn Apa Kah Ini.. Yerrrr.. Betul Kami Salah.. Kami Salah BeKerja Dengan Dia Ni... Baru Aku Tau Talam 2 Muka & Manusia Busuk Hati Itu BENAR Wujud Serta NYATA.. . @kei_ramoss @aloyparadoks @rayzamukmin @taukejambu_real @joey_daud @sharif_zero @thedouglaslim @markadam1079 @vicha_barbie @chiwan_chilok @chemat_rajalawak @syurabadron @azrulzaidi @tapai_86 @azmi_saat @manrajalawak @mimieishak @shahslam_ @meowdewa @mr.hazirin888 in #ogyventuresnetwork #korupsidewansemandung #istanabudaya #kualalumpur #malaysia #ogy #chematrajalawak #arts #theatre #music #dance #teatermalaysia #international #media #teaterkomediseram

A post shared by RahmatSaidin (@chemat_rajalawak) on

BACA: "Bercerita Buruk Manusia Bukan Amalan Saya Tapi..." - Khir Rahman Desak Kak Ogy Lunas Baki Bayaran Teater Korupsi Dewan Semandung!
BACA: “Kalau Tak Lari Kenapa Block Kami di Instagram Kak Ogy...?”– Vicha Terkilan
BACA: "Saya Tak Lari, Bila Ada Duit Nanti Saya Bayar" - Ogy Ahmad Daud Akui Sedang Usaha Cari Dana
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Sebelum Ini Dia Takut” - Keith Foo Siap Beri Standing Ovation, Bangga Riena Diana Ambil Cabaran Berlakon Teater Andak Bertandak

gempak
01/09/2024
08:50 MYT
Pelakon, Keith Foo menyatakan rasa bangga selepas melihat lakonan kekasihnya, aktres Riena Diana di pementasan teater Anda Bertandak baru-baru ini.
Hiburan

Aizat Saha Gementar Berlakon Teater! - "Saya Perlu Tenaga Yang Cukup, Daya Ingatan Kuat"

gempak
29/08/2024
04:39 MYT
Pempengaruh dan pelakon Aizat Saha gementar untuk beraksi di depan penonton bagi menjayakan pementasan teater Andak Bertandak yang bermula hari ini.
Hiburan

Teater Andak Bertandak Himpun 8 Pelakon Popular!

gempak
06/08/2024
20:34 MYT
Syarikat produksi, Mask Team melakar satu lagi sejarah baharu apabila bakal mementaskan teater berjudul Andak Bertandak yang menghimpunkan lapan pelakon popular tanah air pada 29 Ogos hingga 1 September ini.
Hiburan

“Sedih Bila Dengar Adik-Adik Industri Mengadu Ada Suara Kata Budak Teater Bukan Selebriti, Kenapa Nak Kena Bayar Mahal,” - Farah Ahmad

gempak
05/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Farah Ahmad mendedahkan keseronokan berlakon dapat dirasai apabila dapat bermain rasa dengan rakan gandingan terutama yang mempunyai asas dalam teater dan lakon.
Hiburan

Aktivis Teater, Rosminah Tahir Meninggal Dunia

gempak
19/05/2024
16:32 MYT
Aktivis dan pengarah teater disegani, Rosminah Tahir, 65, meninggal dunia di kediamannya di Keramat, Kuala Lumpur, petang Ahad.