,
Laman Utama

Mantap! Fazley & Imran Aqil Kalahkan Duta SO7, Vincent Dalam Perlawanan Badminton

Maliah Surip
18/11/2023
04:50 MYT
Para selebriti Indonesia memang diketahui aktif dalam bidang lain termasuk sukan.
Malah banyak pertandingan sukan seperti perlawanan tinju, tenis dan badminton yang diadakan dalam kalangan selebriti tempatan.
Namun baru-baru ini, mereka menganjurkan perlawanan persahabatan di gelanggang badminton di antara selebriti tempatan dengan Malaysia.
Dalam pertandingan yang diberi nama Tepok Bulu ‘23 itu, regu Malaysia diwakili oleh Datuk Fazley dan pelakon Imran Aqil. Regu Indonesia pula diwakili oleh vokalis terkenal, Duta Sheila on 7 dan hos Vincent Rompies.
Dan hasilnya? Regu Malaysia menang bergaya setelah menumpaskan regu Indonesia dengan dua set kemenangan.
Fazley dan Imran menang set pertama dengan skor akhir 21-13 dan menumpaskan Duta serta Vincent dengan 21-12 pada set kedua lantas diumumkan pemenang pertama dalam pertandingan persahabatan membabitkan selebriti Malaysia dan Indonesia tersebut.
Di akaun Instagram, Imran mempamerkan foto dirinya sedang tidur bersama piala kemenangan dan menzahirkan terima kasih kepada pasangannya, Fazley kerana bermain dengan baik.
Dia juga mengaku sempat terpegun melihat Duta SO7 dan tidak sangka dapat berlawan dalam pertandingan tersebut.
“Selalu tengok dalam Youtube dan dengar lagu saja. Tak sangka dapat berada dalam satu gelanggang yang sama. Mimpi jadi nyata! Starstruck terus main!”tulis Imran.
Selain Fazley dan Imran, selebriti Malaysia lain yang ikut bertanding dalam regu campuran adalah Atu Zero dan Atita Haris. Mereka bagaimanapun tumpas 2-1 di tangan pelakon Gadis Kretek, Arya Seloka dan Ziva.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.