,
Laman Utama

Manis Sangat.. Dini Schatzmann Dedah Sikap Janna Nick Di Set Penggambaran Marry Me, Senorita

Zulaikha Yusof
08/02/2021
12:20 MYT
Kisah cinta antara pelakon dan pengacara Janna Nick, 26, dengan pelakon baru berdarah kacukan Dini Azan Schatzmann, 27, sering mencuri perhatian wargamaya.
Terbaru, Dini mendedahkan keperibadiaan Janna yang mengambil berat ketika mereka sama-sama menjalani penggambaran drama Marry Me, Senorita.
Menurut Dini, teman wanitanya itu akan sentiasa memastikan keadaan dirinya berada dalam keadaan baik.
Dalam masa sama, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner juga perlu memberi fokus terhadap wataknya sebagai Sofiy Leia.
"Itulah Janna, dia selalu memastikan saya kelihatan okay. Rambut saya okay. Reaksi saya okay. Dialog saya okay. Emosi saya okay.
"Walaupun dia perlu fokus terhadap karakternya, dia masih membantu saya," tulisnya di Instagram (IG).
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar hubungan pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat.
"@wiwiekkurniati: Semoga Janna memang jodoh yang dipertemukan Allah untuk Dini ya.
"@nurul_ainsshh: So sweet. Semoga hingga ke Jannah. Saya sayang kak Janna dan abang Dini, korang memang berbakat.
"@aniisaainy: Semoga Dini dan Janna kekal sampai akhir hayat," antara komen-komen yang ditinggalkan.
Selain Dini dan Janna, Marry Me, Senorita turut membabitkan barisan pelakon hebat antaranya Shaza Bae, Yasmin Hani, Datuk Jalaluddin Hassan, Datin Fadilah Mansor, Meerqeen, Daler Yusuf dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan drama Marry Me, Senorita pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Luqman Hafidz Bawa Watak ‘Penunggang Agama’, Produksi Drama Sudah Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Kami Tidak Pergi Terlalu Jauh Seperti…”

gempak
17/09/2024
03:56 MYT
Membawa watak sebagai ‘penunggang agama’, pelakon Luqman Hafidz memberitahu pengarah dan penerbit drama Satu Hari Nanti sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam membawa isu agama.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hiburan

Ezzanie Jasny Rupa-Rupanya Perangai Sejenis Kalut, Tak Ada Beza Dengan Watak Fish Dalam Drama Uncle Boss Mama – “Sangat Chaotic”

gempak
09/09/2024
12:25 MYT
Pelakon Ezzanie Jasny berkongsi pengalaman memegang watak Farafisha atau Fish di dalam drama Uncle Boss Mama.
Hiburan

Tak Nak Peminat Bazir Duit Mengundi, Siti Khadijah Hanya Perlu Sokongan Peminat Untuk Terus Berada Dalam Industri - "Saya Tak Nak Berlakon Sampai Tua Sangat..."

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Tidak pernah menganggap diri popular, pelakon Siti Khadijah berkata dia enggan meletakkan harapan yang tinggi dalam kerjaya seninya terutama hal yang berkaitan dengan anugerah.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.