,
Laman Utama

Mangsa Tunjuk Katil Tempat Dirogol, Inspektor Tak Mengku - "Polis Ambil Sampel Bulu, Pisau Cukur..."

Syafiqah Jalal
03/01/2023
21:47 MYT
Pegawai penyiasat berpangkat Inspektor yang kini dalam tahanan reman polis kerana disyaki merogol remaja perempuan bawah umur dalam pejabatnya ketika siasatan kes rogol, menafikan melakukan perbuatan itu.
Pengakuan itu dibuat suspek berusia 34 tahun terbabit ketika dalam siasatan, namun pemeriksaan lanjut masih dijalankan polis termasuk mengumpul serta mengambil bahan bukti yang sudah diserahkan ke Jabatan Kimia.
Sumber berkata, polis juga sudah memanggil mangsa bersama ahli keluarganya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan untuk dirakam keterangan masing-masing mengikut Seksyen 112 kanun Prosedur Jenayah (KPJ).
"Selain itu, polis turut merampas pakaian yang dipakai mangsa ketika kejadian untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
"Polis juga merampas tiga telefon bimbit, masing-masing milik remaja berkenaan, rakannya dan suspek untuk dihantar ke makmal forensik," katanya.
Semalam, media melaporkan seorang remaja perempuN berusia 16 tahun menjadi mangsa rogol seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ketika berada dalam bilik pejabatnya di IPD Yan pada 6.30 petang Rabu minggu lalu.
Suspek dikatakan mengambil kesempatan terhadap mangsa dengan menggunakan alasan untuk menjalankan siasatan terhadap remaja berkenaan yang sebelum itu membuat laporan mendakwa dirogol bapa tiri.
Sumber berkata, dalam siasatan yang dijalankan mangsa turut menunjukkan kepada anggota forensik polis lokasi serta katil yang digunakan oleh suspek bagi merogolnya.
"Hasil pemeriksaan lanjut polis merampas sarung bantal serta cadar yang dipercayai mengandungi sampel DNA, rambut, bulu dan juga pisau cukur.
"Semua bahan yang dirampas itu diserahkan ke Jabatan Kimia Malaysia untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Sumber: Berita Harian Foto: Gambar hiasan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Menangis Terduduk Di Tangga Bas Sekolah, Cik Bibah Panjat Syukur Doa Termakbul - "Mak Dah Tak Kuat..."

gempak
18/09/2024
10:25 MYT
Doa ibu tiada hijabnya, itu yang dapat diringkaskan menerusi kisah yang viral melibatkan 'Abang Bas' dan ibunya yang dapat kembali memeluk anak lelakinya selepas dibebaskan dengan wang jaminan RM40,000.
Viral

Peminat Jadi Tak Keruan Jumpa IShowSpeed, Restoran Uncle Roger Terpaksa Tutup - “Saya Sebenarnya Tak Faham Kenapa…”

gempak
18/09/2024
08:25 MYT
Kehadiran YouTuber terkenal, IShowSpeed di restoran Uncle Roger di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur sememangnya menarik peminatnya untuk turut menyerbu lokasi tersebut.
Hiburan

"Saya Pun Dah Tua, Tak Tahu Sampai Bila Akan Hidup" - To'ki Tak Kisah Tak Terima Bayaran Ajar Orang Menyanyi

gempak
15/09/2024
03:55 MYT
Penyanyi To'ki mengakui dia pernah tidak menerima sebarang bayaran ketika memberi latihan nyanyian kepada individu yang ingin menuntut ilmu dengannya.
Berita

Budak Dalam Video Tular Bukan Mangsa Cubaan Culik Tapi Mangsa Amang Seksual - Polis

gempak
13/09/2024
01:25 MYT
Polis menafikan kanak-kanak yang dipegang bahunya oleh seorang lelaki di kawasan sebuah masjid di Subang Jaya adalah mangsa cubaan menculik.
Hiburan

Menyesal Tak Jaga Kebajikan Ibu, Pelawak Pak Ya Habiskan Satu Juzuk Al-Quran Setiap Minggu

gempak
10/09/2024
22:02 MYT
"Saya rasa menyesal sebab masa emak saya ada, saya tak bagi bantuan sebaiknya," itu luahan pelakon dan pelawak Ilya Buang atau lebih dikenali sebagai Pak Ya menerusi sesi podcast Your Career & Education Platform baru-baru ini.