Hiburan
"Mandi Berjam, Adjust Tudung Sampai Pecah Cermin, Susah Oo Nak Bela Anak Dara Ni" - Aidid Marcello
Pengacara Aidid Marcello berkongsi kisah suka duka membesarkan anak sulungnya, Alyea Nai Lina yang kini sudah menginjak usia 14 tahun.
Kata tidak mudah untuk membesarkan anak yang semakin hari semakin panjang akal terutama anak daranya itu.
"Mandi berjam, adjust tudung sampai pecah cermin, iron baju lama gila, asyik singgah kedai skin care, takut matahari dan macam-macam lagi.
"Susah ooo nak bela anak dara ni, pening kepala.
"Tapi, biasalah depa ni... makin besar makin banyak pe’el (perangai), iyalah... dah makin bijak, sebab tu rasanya nak kena letak gambar mereka masa bayi, pakai pampers kat bilik mereka sebab nak bagi selalu ingat pengorbanan kita.
"Apapun, aku dah beritahu dia aku tak pernah paksa dia untuk dapat straight A dalam belajar, tapi cukuplah sekadar dia tahu seimbangkan ilmu sekolah, urus diri dan ilmu agama.
"Untuk Ana, daddy just nak beritahu yang daddy sayang sangat kat Ana dan sentiasa doakan Ana menjadi anak yang solehah yang selalu dijaga ke arah jalan yang benar," tulis Aidid.
Perkongsian itu sempena meraikan ulangtahun kelahiran Ana ke-14 yang jatuh pada 7 Januari.
"Aku dan Norzie kahwin 2005. Berkat nikah malam Jumaat rezeki Allah bagi kat kami seorang puteri 7.1.2006 lahir ke dunia bernama Alyea Nai Lina.
"Budak inilah yang banyak ajar aku dan isteri istilah kehidupan sebenar, maksud kesabaran dan limpahan rezeki yang meluas.
"2007, berkat rezeki, dia ikut aku dan isteri ke tanah haram, demam 14 hari kat Makkah, memang luangkan masa jaga dia saja kat sana, masya-Allah.
"Kalau drive time baby, asyik muntah macam waterfall siap kena bawak bekas plastik.
"Tapi Alhamdulillah, aku syukur sangat dengan dia sebab awal-awal tanpa paksaan, dia dah faham apa peranan & tanggungjawab dia sebagai seorang gadis muslim yang soon bergelar wanita," tambahnya.
Aidid dan Norzie mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata, Ana, Iman, Yusuf dan Ibrahim.
Must-Watch Video