,
Laman Utama

“Mana Wira Wirawati Negara Sekarang?” - Alif Satar Terkenang Memori Di Kem PLKN Princess Haliza

Azwa Rahman
19/10/2020
03:33 MYT
Penyanyi dan pengacara Alif Satar mencuri perhatian wargamaya apabila terkenang memori ketika menjalani latihan di Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sekitar 12 tahun lalu.
Menerusi laman sosial Instagram, Alif berkongsi sekeping foto bersama seorang jurulatih kecergasannya ketika berada di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang, Selangor.
“12 tahun lepas waktu khidmat negara. Dan masih lagi berkhidmat demi negara dengan cara sendiri. Mana wira wirawati negara sekarang, korang dekat mana?
“Kem PLKN Princess Haliza, ni bersama seorang jurulatih kitorang panggil dia, cikgu Pet. Besar dan tinggi macam The Rock,” tulis Alif di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian tersebut, Alif kelihatan segak mengenakan pakaian seragam dan berkepala botak semasa menjalani program latihan selama tiga bulan itu.
Di ruangan komen, ramai wargamaya yang berkongsi kem dan pengalaman mereka ketika turut sama menjalani program latihan tersebut.
“Saya dulu PLKN Sinaran Suria, Sungkai. Waktu 2017, kumpulan 1 siri 14/2017, team Bravo” kata seorang wargamaya.
“Alip, aku kem PLKN Nasuha, Pagoh, kumpulan 1, siri 1, 2004,” komen seorang wargamaya.
“Kem PLKN Desa Rimba, Kuala Kangsar, Perak (2011),” tulis seorang wargamaya.
“Omg saya teringat pergi kem PLKN Princess Haliza lawat kakak pastu nampak Alif botak lepak depan koperasi. Muka gangster gila nak mintak ambil gambar pun takut,” kongsi seorang wargamaya.
“Alif, kita sama batch. Banyak sangat kenangan dekat kem PLKN Princess Haliza, cikgu Pet memang happy go lucky,” luah seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 45,000 tanda suka dan 500 komen daripada warga Instagram.
Sekadar info, PLKN merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia apabila tamat pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas.
Program latihan bagi pembinaan sahsiah diri dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda ini bermula pada tahun 2004 dan diberhentikan pada tahun 2018.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad Belajar Silat Dengan Atlet Kebangsaan, Siap Panjat Tali & Berguling Depan Juri

gempak
29/08/2024
10:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

Pening Tak Tahu Nak Tengok Rancangan Apa, 'Jom Usha' Antara Drama & Program Pilihan Alif Satar

gempak
02/07/2024
08:23 MYT
Selebriti versatil iaitu Alif Satar bukan sahaja dikenali dalam bidang nyanyian malah bapa kepada tiga orang anak ini juga hebat dalam dunia lakonan dan pengacaraan.
Berita

Saluran Malaysia4Palestine Ketengah Krisis Kemanusiaan Di Palestin

gempak
24/05/2024
09:55 MYT
Malaysia4Palestine merupakan saluran sementara selama 24 jam yang didedikasi untuk mengetengahkan krisis kemanusiaan di Palestin.
Hiburan

Dituduh Buat Konsert Di Gereja, Ini Jawapan Alif Satar

gempak
12/05/2024
02:55 MYT
Dek kerana didakwa melangsungkan konsert di sebuah gereja di London pada 28 April lalu, Alif Satar & The Locos (ASTL) tampil menjelaskan hal sebenar untuk menjawab segala persoalan yang membelenggu ramai pihak. Menurut vokalis ASTL, Muhammad Alif Mohd Satar, 34, dirinya tidak menafikan bahawa St. John Hyde adalah sebuah gereja lama namun tempat t