gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Mana Ada Operate, Pakai Gam Je” - Riena Diana
VIRAL
Kucing Ditangkap Menyeludup Dadah Ke Penjara
HIBURAN
Itik Jadi 'Pesalah Trafik Berulang', Langgar Had Laju
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

"Mana Tak Naik Darah Saya?" - Along Cham Kesal Isteri Enggan Mengaku Pernah Berlaku Lafaz Rujuk

gempak
Khairil Khusyairi
08/05/2025
06:34 MYT
Sponsor Banner
"Mana Tak Naik Darah Saya?" - Along Cham Kesal Isteri Enggan Mengaku Pernah Berlaku Lafaz Rujuk
Pelawak, Along Cham, meluahkan rasa kesal apabila hasratnya untuk bercerai hari ini ditangguhkan lagi apabila isterinya, Afreena Suhaimi, enggan mengaku pernah berlaku lafaz rujuk dalam perkahwinan.
Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, menganggap tindakan Afreena sebagai satu bentuk manipulasi yang menyebabkan perbicaraan kes itu berlarutan.
“Sebelum ini, dia pernah beritahu media mahu percepatkan kes, tetapi apa yang hari dia pula tak mengaku pernah rujuk. Akhirnya, kes jadi makin panjang.
“Dia tahu apa yang dia buat. Sepatutnya mengakulah saja, jadi semuanya boleh selesai hari ini.
“Disebabkan dia tak mengaku ada rujuk, kes terpaksa dibicarakan lagi. Itu yang membuatkan saya rasa sangat kesal.
“Kalau boleh, saya memang nak selesaikan hari ini juga. Bila perkara ini berlarutan, terlalu banyak spekulasi dan kecaman netizen yang saya perlu hadap,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi tuntutan pengesahan lafaz cerai taklik pada Khamis.
Dedah Along lagi, sepanjang perkahwinan, telah berlalu lafaz rujuk pada Jun tahun.
“Saya pernah rujuk semula pada Jun tahun lalu. Tapi selepas rujuk, dia buat penipuan lagi. Mana tak naik darah saya?
“Sebab itulah lafaz taklik berlaku, dan lafaz itu pun dia tak mahu mengaku sampai sekarang.
“Disebabkan banyak perkara dia tak mahu mengaku, perbicaraan pun jadi makin panjang,” katanya.
Pada prosiding hari ini, Hakim Syarie, Muhamad Nazri Basrawi mengarahkan sebutan semula kes lafaz rujuk dalam perkahwinan berlangsung pada 1 dan 3 Julai depan.
Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu yang juga perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan bekas isteri pertama, Zila Saeron pada September 2016.
Hasil perkongsian hidup daripada perkahwinan itu, Along dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini di bawah penjagaannya.
Topic Berkaitan
#cerai
#Along Cham
#Rujuk
#Afreena Suhaimi
Must-Watch Video