,
Berita

"Mana Pelakon Tak Ready Masuk Set, Baling Dengan Capal" - Rita Rudaini

Elrafaei Sapi
31/07/2018
08:19 MYT
Bermacam perangai pelakon ketika di set penggambaran terutama membabitkan artis baru sehingga pelakon senior, Rita Rudaini juga mengkritik sikap pelakon baru yang berlagak.
Rita menyatakan pandangan peribadinya itu menerusi komen di status produser drama terkenal, Fadzil Teh yang bekerjasama dengan pengarah, Rashid Sibir untuk satu projek drama terbaru.
"Hat mana pelakon yg xready masuk set n xserius tu abg baling dgn capal abg tuuu... depa ni xkena mcm kami zaman dulu tu yg depa belagak feeling.. blakon xtera mana... sbb ada yg dok bg muka.... kembalikan karya spt zaman2 dulu... Love!!!!," katanya.
Dalam status di Instagram, @hj.zil itu, Rita juga menjelaskan banyak 'kanser' berlaku dalam industri tempatan.
"Biar kita xde job dr buat kerja x ikhlas," katanya.
Rita juga membalas komen pelakon Jasmin Hamid sambil menyatakan segelintir pelakon baru gagal berlakon dengan baik.
"Letihhh oii kak minn... talipon dok pegang sedia.. dialoq ke laut..xpaham watak.. klau kita ckp kata kita ni mulut jahat! Kita nk cari mkn .. bg ank2 mkn...klau hang nk glamer nk bergalak, bukan dlm ni... p kelab vegas... hormat pon xde.. sabaq jaa ni kak min oii.. dia xtau kita punya angin lagu mana plak..," katanya.
Pengarah Urusan Zeel Production itu menyatakan dia menantikan selama 20 tahun untuk bekerjasama dengan pengarah idolanya, Rashid Sibir dalam drama terbaru, Lelaki Kiriman Tuhan yang akan ditayangkan di saluran Astro Oasis.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @ritarud727
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Mati Nanti Pun Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” - Rita Rudaini

gempak
03/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini tetap memberi sokongan kepada anak-anak dalam apa jua keadaan.
Hiburan

Rita Rudaini Bengang Tajuk Artikel Petik 'Anak Legenda JDT' - “Aku Penat Bela Dari Kecil, Legenda? Celah Mana?”

gempak
02/09/2024
08:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa bengang apabila sebuah portal menggunakan tajuk ‘Anak Legenda JDT’ mengenai pencapaian anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024, baru-baru ini.
Hiburan

“Saya Percaya Kebolehan Anak Saya” - Rita Rudaini Tiada Tips Besarkan Anaknya Sendirian

gempak
27/08/2024
05:55 MYT
Biarpun membesarkan kedua-dua anak lelaki sendirian, pelakon jelita Rita Rudaini akui tiada sebarang tips untuk dikongsikan kepada khalayak.
Hiburan

Digelar ‘Ikon Ibu Tunggal’ Oleh Netizen, Rita Rudaini Hanya Mahu Jaga Amanah Allah Dengan Baik - “Ada Ramai Lagi Wanita Seperti Saya Yang…”

gempak
26/08/2024
13:55 MYT
Selepas kejayaan putera sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, netizen berpendapat pelakon Rita Rudaini sepatutnya menerima pengiktirafan sebagai ‘Ikon Ibu Tunggal’ atas usahanya membesarkan anak-anak tanpa suami disisi.
Hiburan

“Semoga Saya Tak ‘Tumbang’ Sebelum Mereka Berjaya” - Luahan Rita Rudaini Untuk Anak Buat Netizen Sebak

gempak
26/08/2024
03:56 MYT
Pelakon Rita Rudaini menitipkan luahan istimewa buat anak lelakinya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna mengenai perasaan sebenarnya.