gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Luna Maya Pernah ‘Give Up’ Untuk Kahwin, Reda Jika Jadi Andartu - “Mungkin Berkahwin Itu Bukan…”
BERITA
Kanak-Kanak Enam Tahun Dirogol Ketika Hadiri Majlis Perkahwinan
HIBURAN
Roziana Cindy Lancar Lagu 'Tinggalkan Luka'
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

“Mana Kami Pergi, Anak Mesti Ikut..” – Risau Kes Penderaan, YonnyBoii, Isteri Pilih Jaga Anak Sendiri

gempak
Umirah Halim
08/05/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
“Mana Kami Pergi, Anak Mesti Ikut..” – Risau Kes Penderaan, YonnyBoii, Isteri Pilih Jaga Anak Sendiri
Penyanyi dan komposer, YonnyBoii, memilih untuk memperlahankan sedikit rentak karier seninya demi memberi tumpuan kepada keluarga, terutamanya selepas kelahiran anak sulungnya, Kairo.
YonnyBoii atau nama penuhnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 26, berkata detik membesarkan anak adalah momen yang tidak akan berulang dan harus dihargai sepenuhnya.
“Buat masa sekarang, saya mahu luangkan sebanyak mungkin masa bersama anak kerana saya tahu nanti mungkin akan sukar untuk dapat peluang seperti ini lagi.
“Ini adalah momen yang kita akan rindui. Jadi, untuk empat tahun ini saya mahu fokus kepada anak berbanding kerjaya, tetapi itu tidak bermakna saya mahu tinggalkan dunia muzik,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Latihan PestaPora Malaysia yang berlangsung di Campus Ampang, pagi tadi.
Tambah Yonny lagi, salah satu sebab utama dia dan isteri lebih selesa menjaga anak sendiri adalah kerana kurang kepercayaan terhadap orang luar, terutamanya selepas banyak kes penderaan kanak-kanak dilaporkan.
“Saya dan isteri memang sukar nak percayakan orang lain untuk jaga anak. Jadi, ke mana saja kami pergi, anak mesti ikut.
“Banyak sangat kes yang menakutkan, terutama kes dera. Bila dah jadi bapa, perasaan takut tu memang lain.” ujarnya.
Meskipun komitmen sebagai bapa menjadi keutamaan, pelantun lagu Sakit itu bagaimapanun tidak pernah terfikir untuk berhenti daripada dunia muzik.
Sebaliknya, dia kini lebih aktif di belakang tabir menghasilkan lagu untuk artis lain.
“Saya sekarang banyak luangkan masa buat lagu untuk orang lain. Saya ada studio sendiri, jadi bila ada kelapangan, saya tetap berkarya.
“Insya-Allah, bulan depan saya akan keluarkan single baharu,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, YonnyBoii bakal membuat kemunculan dalam Latihan Festival PestaPora Malaysia yang akan berlangsung pada 26 Julai ini.
Antara nama besar lain yang turut menjayakan festival itu termasuk Feast, Hindia, Barasuara x Efek Rumah Kaca, Feel Koplo, Kunto Aji dan Pamungkas. Festival itu juga dimeriahkan dengan barisan artis tempatan seperti Bittersweet, Bunkface, DOLLA, SonaOne, Salammusik dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
#Anak
#Yonnyboii
Must-Watch Video