,
Laman Utama

Mamu Mami Gosip, Komedi Pertama Saluran YouTube Finas

Maliah Surip
09/02/2021
00:50 MYT
Tidak mahu ketinggalan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah mewujudkan slot terbaharu iaitu Sitkom di saluran rasmi media digitalnya, YouTube FINAS Malaysia.
Usaha itu diambil sebagai daya saing mempromosi karya kreatif tempatan dalam genre komedi. Justeru Finas memperkenalkan siri perdana yang akan dimuatkan dalam tayangan eksklusif sitkom tersebut.
Dalam satu kenyataan, Finas memaklumkan tayangan eksklusif sitkom bertajuk Mamu Mami Gosip akan bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat pada 9.30 malam bermula 10 Feb ini.
“Dalam aspirasi meningkatkan penyampaian dan perkhidmatan melalui strategi pembangunan kandungan kreatif kerajaan dan pemameran di platform media digital, Finas melalui Bahagian Kreatif dan Teknikal secara eksklusif telah mewujudkan ‘Sitkom’ bagi tayangan dan promosi karya kreatif tempatan dalam genre komedi yang mengetengahkan kepelbagaian dan keunikan budaya serta cerita rakyat Malaysia,” menurut kenyataan itu seperti dilaporkan BERNAMA.
Sitkom berdurasi setengah jam arahan Aizam Syamsul itu mengisahkan ragam penghuni di sebuah flat dengan pelbagai gelagat serta insiden mencuit hati yang dibintangi Kazar Saisi, Tauke Jambu, Delimawati, Fasha Sandha, Elisya Sandha, Fikhree Bakar, Aidil Aziz, Amyza Aznan dan Afifah Nasir.
Finas mempelawa semua khalayak penonton untuk menonton sitkom komedi itu di saluran media digital YouTube FINAS di https://www.youtube.com/c/FinasMalaysiaMY.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Syamsul Yusof, Ira Kazar Hadir Ke Mahkamah Bagi Kes Pengesahan Lafaz Cerai Taklik

gempak
05/09/2024
01:36 MYT
Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof tiba di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor bagi kes perbicaraan pengesahan lafaz cerai taklik pada Khamis.
Terkini

Penggemar Filem Komedi, Ini Senarai Filem Mencuit Hati Hasil Legasi Afdlin Shauki!

gempak
23/08/2024
04:55 MYT
Selama 19 tahun bergelumang sebagai pengarah filem, karya hasil Afdlin Shauki pasti memberikan hiburan kepada para penonton.
Hiburan

Air Mata Elisya Mengalir Berkongsi Fasal Fasha Sandha - “Tak Ada Kata Dapat Digambarkan Tapi Saya Memang…”

gempak
08/06/2024
07:55 MYT
Pelakon Elisya Sandha tidak dapat menahan rasa sebak ketika berkongsi mengenai kakaknya yang juga aktres Fasha Sandha yang sentiasa berada bersamanya.
Hiburan

Jom Temui Meerqeen, Mimi Lana, Mierul Aiman, Shaheizy Sam, Emma Maembong & Ramai Lagi Di HELLO NU SENTRAL!

gempak
18/04/2024
04:02 MYT
Astro bakal membawakan artis-artis kesayangan korang ke NU Sentral Kuala Lumpur pada 27 April ini bermula pukul 3 petang.
Hiburan

“Tak Apa… Di Sini Kita Belajar, Siapa Ada Siapa Tiada Masa Kita Ditimpa Masalah” - Fasha Sandha

gempak
16/04/2024
07:55 MYT
Fasha terkilan ada segelintir orang sekelilingnya tidak tanya khabarnya.