,
Hiburan

Mampu Tulis Khat & Hafaz Al-Quran Dengan Cemerlang! Hebatnya Kanak-Kanak Autisme Ni!

Hanafis Haris
22/01/2020
05:48 MYT
Biarpun dilabel sebagai autisme, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun ini tidak menjadikan ia sebagai alasan untuk tidak mendalami ilmu agama.
Buktinya, Ahmad Danish Aqil Ahmad Fakhrul Azizi, 11, mampu menghafaz ayat suci Al-Quran.
Selain itu, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Parang Puting ini juga cemerlang dalam menulis khat.
Menerusi Berita Harian, bapanya, Ahmad Fakhrul Azizi Fauzi, 37, berkata bakat menulis khat anak sulung daripada dua beradik itu mula dikesan sejak tiga tahun.
“Ketika itu dia hanya minat melukis lukisan 3D dalam bentuk bangunan dan boleh melukis persekitaran sekolahnya.
"Bagaimanapun, selepas itu dia mula menunjukkan kecenderungan menulis ayat al-Quran yang dihafaznya.
"Lengkap dengan tanda bacaan yang betul tanpa merujuk kepada kitab al-Quran," katanya.
Tambahnya, dia juga secara perlahan-lahan memperkenalkan Ahmad Danish Aqil kepada penggunaan aplikasi tulisan khat melalui komputer seiring dengan perkembangan semasa.
“Buat masa sekarang dia memang gemarkan seni khat secara manual (tulisan),” katanya.
Anda boleh lihat antara hasil karya hebat oleh adik Ahmad Danish di bawah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.