,
Laman Utama

#MamiPiqahCorner: Ikut Ajakan Kawan Ke Siam, Remaja 16 Tahun Terpaksa Jumpa Doktor Selepas Alat Sulit Bernanah!

Syafiqah Jalal
04/02/2023
02:39 MYT
Semakin anak meningkat dewasa semakin berbeza pendekatan dan didikkan ibu bapa kepada cahaya mata mereka.
Mami Piqah faham ada yang ibu bapa hingga sukar hendak memahami serta mendekati diri dan jiwa anak mereka yang mula menginjak remaja.
Namun didikkan awal ibu bapa sedikit sebanyak dapat membendung masalah sosial dan mental anak-anak apabila mereka meningkat dewasa.
Terbaharu, Mami Piqah terkejut dengan satu cerita dan perkongsian daripada seorang doktor yang popular dan suka berkongsi di media sosial iaiu Dr. Samhan.
Dr. Samhan berkongsi kisah seorang remaja lelaki yang baru berusia 16 tahun mengadu mempunyai masalah aneh terhadap alat sulitnya.
“Beberapa hari lepas aku ada jumpa seorang remaja lelaki berumur 16 tahun datang di wad Kecemasan.
“Remaja itu mengadu terdapat nanah keluar dari alat sulitnya sejak minggu lepas,” katanya dalam ciapan di Twitter.
Doktor itu terkejut dan mula bertanya secara jujur adakah remaja itu ada dia melakukan hubungan kelamin dengan sesiapa.
Remaja itu terus mengaku yang dia ada ke Thailand selepas diajak rakan untuk mencuba sesuatu yang baharu iaitu melanggan pelacur.
“Minggu lepas kawan ajak ke Siam, saja jalan-jalan.Kawan ajak ke satu tempat,dia kata nak cuba ‘something new’.Saya ikut je”akui remaja itu.
Doktor itu mengesahkan kemungkinan remaja berkenaan mengalami masalah penyakit kelamin lelaki.
Pun begitu, doktor itu kecewa kerana remaja itu masih sangat muda dan menasihati agar ibu bapa sentiasa memantau aktiviti anak-anak serta mendedahkan mengenai pembelajaran seks.
“Mungkin ramai ibubapa terlepas pandang untuk pantau aktiviti anak-anak di disebabkan kesibukan kerjaya. Dengan siapa dia berkawan,dengan siapa dia keluar.
“Apatah lagi untuk bercerita tentang pengetahuan seks di peringkat awal,” nasihatnya.
Mami Piqah pun semakin bimbang dengan masalah sosial anak-anak sekarang sebagai ibu bapa mungkin boleh pantau lebih awal supaya perkara tidak baik tidak akan berlak di masa akan datang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jennie BLACKPINK Keluar Bersama BamBam GOT7, Ini Penjelasan Wakil Agensi

gempak
19/09/2024
12:25 MYT
Wakil daripada label Jennie BLACKPINK, OA Entertainment tampil menafikan khabar angin hubungan cinta dengan anggota kumpulan GOT7, BamBam.
Laman Utama

Remaja Terselamat, Bapa Saudara Hilang Disambar Buaya

gempak
12/09/2024
03:25 MYT
Seorang remaja lelaki hanya mampu melihat bapa saudaranya disambar buaya sebelum hilang dari pandangan ketika mereka mandi di sungai Kampung Baru Marudu Darat, Jalan Ranau-Ranau, di sini pada petang Rabu.
Berita

Remaja Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Main Bola Sepak

gempak
09/09/2024
16:25 MYT
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia ketika sedang bermain bola sepak di padang Semenyih,Selangor, pada Sabtu.
Viral

Cari Duit Lebih, Lelaki Menyamar Doktor 20 Tahun Ditangkap

gempak
09/09/2024
15:55 MYT
Seorang lelaki berjaya menyamar selama 20 tahun sebagai seorang doktor hanya dengan pengetahuan yang diperoleh sebagai pemegang ijazah dan sewaktu melakukan latihan perubatan semasa bergelar tentera laut.
Hiburan

"Bila Saya Dah Jadi Model, Ramai Nak Mengaku Kawan" - Nia Atasha

gempak
09/09/2024
04:55 MYT
Model dan pelakon, Nia Atasha bersetuju dengan istilah ‘beauty privilege’ iaitu individu mempu­nyai paras rupa cantik atau tampan akan mendapat perhatian lebih berbanding yang berwajah ‘biasa-biasa’.