,
Laman Utama

#MamiPiqahCorner: Anak Nak Bela Kucing? Ini 5 Baka Yang Sesuai Untuk Keluarga Anda

Syafiqah Jalal
13/04/2022
11:03 MYT
Kucing adalah haiwan yang penyayang dan comel serta paling menjadi kesukaan kanak-kanak.
Sifatnya yang manja itu membuatkan anak-anak senang mesra dengan haiwan ini dan mahu mengambilnya sebagai binatang peliharaan.
Sebagai ibu bapa pasti anda juga ‘cair’ bila anak memujuk untuk membela kucing di rumah. Tahukah anda kucing ini mempunyai banayk jenis baka dengan sifat yang tersendiri.
Berikut merupakan jenis-jenis baka kucing yang boleh dijadikan panduan sebelum anda membelanya dirumah.
#1 Ragdoll Sekiranya anda berhasrat untuk memiliki kucing yang santai dan sangat penyayang, maka Ragdoll adalah jenis kucing yang tepat untuk anda. Baka kucing ini bersifat tenang, lembut dan mudah bergaul. Kucing Ragdoll berasal dari Amerika Syarikat. Sebagaimana namanya, kucing ini mempunyai sifat yang sangat suka bersantai dan melepak dalam pelukan tuannya persis anak patung jenis kain.
#2 Kucing Siam Kucing yang ramah ini mempunyai bulu pendek yang mudah untuk diuruskan dan juga ianya hipoalergenik. Kucing ini dikenali dengan sifatnya yang amat setia dengan rapat dengan tuannya; anda akan mendapati ia tidak dapat berjauhan dengan anda dalam masa yang terlalu lama.
#3 Maine Coon Baka Maine Coon memiliki sifat yang lembut dan suka bermain. Anda boleh mempertimbangkan untuk memelihara kucing baka ini kerana ia mempunyai sifat yang setia dan penyayang terhadap tuan yang memeliharanya. Kucing ini juga amat gemar berada di sekeliling manusia. Anda boleh memberikan sedikit snek kepada kucing ini untuk mengeratkan hubungan serta membolehkannya melepaskan tenaga dan beristirahat.
#4 Parsi Sebagaimana wajah dan bulunya yang tebal dan buatkan orang geram, kucing Parsi sangat mudah memberikan kasih sayangnya kepada tuannya. Sentuhan dan gigitan manja yang kucing ini berikan adalah bagi membolehkan respons kepada dirinya yang sukakan perhatian.
#5 American Shorthair Baka ini ialah salah satu baka kucing Malaysia yang berasal daripada Eropah dan Amerika. Baka ini tenang dan bermain sendiri dengan baik. Tambahan lagi, ia adalah kucing yang mudah-mesra yang akan menyayangi setiap ahli keluarga anda.
Sumber: BestBuyBudget, Sistem Guru Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kucing Tertua Mati Pada Usia 33 Tahun

gempak
16/09/2024
18:55 MYT
Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Berita

Mahu Heret Pengusaha Taska Ke Muka Pengadilan - Bapa Al Fateh

gempak
11/09/2024
04:25 MYT
Ibu bapa bayi lelaki yang maut dalam jagaan pengasuh taman asuhan kanak-kanak (Taska) pada Jumaat lalu akan menuntut bela atas kematian anak syurga mereka.
Viral

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

gempak
08/09/2024
11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.
Berita

Viral Taman Kucing Klang Didakwa Terabai, MBDK Tampil Beri Penjelasan!

gempak
03/09/2024
04:25 MYT
Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menafikan sebarang penindasan, pengabaian dan penganiayaan di Taman Kucing Klang seperti yang tular di media sosial sejak Ahad.