,
Laman Utama

#MamiPiqahCorner: Anak Masuk Darjah 1, Ini ‘Peringatan’ Mesra Buat Ibu Bapa…Nombor 1 & 8 Tu Win! – “Jangan Beli Barang Mahal & Vogue, Nanti…”

Syafiqah Jalal
18/03/2022
04:22 MYT
Pada 22 Mac ini, sesi persekolahan bagi murid darjah satu bakal bermula untuk semua sekolah rendah kebangsaan di Malaysia.
Mami Piqah pasti ibu bapa adalah insan yang paling teruja sekali untuk melihat anak mereka pertama kali masuk ke sekolah rendah.
Bagi anak-anak yang baru pertama kali hendak masuk ke sekolah pula pasti perasaannya bercampur baur, ada takut, ada gembira.
Pun begitu, tinggal kurang seminggau lagi persekolahan itu bakal bermula, pasti persiapan persekolah sudah mula dilakukan.
Mami Piqah percaya ibu bapa pasti teruja untuk melalukan persiapan sekolah anak-anak dari baju sekolah, beg sekolah serta barangan keperluan.
Namun Mami Piqah tertarik dengan perkongsian di laman Facebook mengenai ‘peringatan mesra’ kepada ibu bapa untuk anak mereka yang baru hendak masuk sekolah seperti tadika dan darjah 1.
‘Peringatan’ yang diberi itu seperti boleh ‘relate’ dengan ibu bapa zaman kini. Antaranya mengenai membeli barang mahal dan ‘vogue’ tu. Nak tahu sebab apa? Baca dibawah:
1. Jangan beli barang mahal.Beli yang murah supaya bila hilang mak tak mengamuk. 2. Beli pensel warna yang 12 batang supaya anak dapat belajar tentang warna dan lebih kreatif belajar mengadun warna . 3. Ajar anak pergi ke tandas dengan cara yang betul.Nak buka zip khususnya....tersepit nanti naya! Jangan pakai tali pinggang ye....berjam nak buka tali pinggan nanti. 4. Ajar anak tidur awal dan bangun awal di cuti sekolah supaya anak tak liat bangun awal ke sekolah 5. Ajar anak minum air kosong dan jangan bawa bekal air manis ke sekolah. 6. Jangan bawa bekal Mcd / KFC / Pizza. Kalau nak bawa pastikan cukup untuk satu kelas makan. 7. Potong kuku anak....nanti dia cakar cikgu bila meronta nak balik . 8. Jangan beli beg sekolah atau alat tulis vouge sangat nanti orang lain meragam nak juga orang punya .Kalau hilang....pastikan mak ayah jangan suruh cikgu cari . 9. Ajar anak jangan lap mulut pada lengan baju sekolah.Kalau mak rajin sental, tak apa. 10. Mak mak jangan jadi pengintip di tingkap.Lepas anak masuk kelas, sila balik.Kena percaya pada cikgu dan anak.Kalau rasa tak percaya, bawa anak balik rumah. 11. Jangan mesej cikgu tanya pasal anak masa waktu persekolahan .Cikgu tak ada masa nak jawab .Jangan minta suruh post gambar anak.( Cikgu sah sedang dok bersilat dalam kelas pada minggu pertama ) 12. Tulis nama betul anak pada semua barang termasuk kasut dan stoking. Nama betul, bukan boboboy ! 13. Mula panggil anak dengan nama rasmi dalam surat beranak. Bukan adik abang manja lela segala. 14. Pesan pada anak....banyak kali dan ulang setiap hari bahawa dilarang menangis dan mengamuk di sekolah.Nanti cikgu tukar jadi gorilla. 15. Google tarikh persekolahan 2022. Semua tarikh ada. Ambil tahu bila sekolah buka macam kita ambil tahu sale lazada. 16. Jangan malu Jangan segan untuk follow up tentang anak dengan cikgu. Nak tanya, whatsapp terus cikgu pada masa sesuai. 17. Pastikan potong rambut anak dengan kemas tanpa ada rambut stylo atau warna kuning oren biru ungu ya.... 18. Pastikan check suhu badan anak sebelum hantar ke sekolah. Pastikan anak sihat sewaktu datang ke sekolah. Jika anak sakit / demam, jangan sesekali hantar ke sekolah siap bagi bekal ubat pada cikgu. jika betul2 sakit minta sijil sakit pada doc (jika perlu) 19. Jemput anak pada masa yang tepat. Jangan ambil kesempatan minta cikgu tunggu anak anak kita. Urus pengangkutan anak dengan baik. 20. No toys... No barang kemas...Hilang cikgu tak wajib cari dan jangan whatsapp cikgu suruh cari. 21. Jangan tolong anak bawa beg sekolah. Biar anak bawa sendiri. ( belajar berdikari ) 22. Jangan tolong cari kasut anak .Biar anak cari sendiri dan mak ayah kena sabar tunggu anak pakai kasut sendiri. Kredit: Bawang Channel
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar