,
Laman Utama

Mamak Terharu Sokongan Orang Ramai – “Saya Nak Fokus Cari Duit Untuk Isteri & Anak, Back-up Untuk Mereka…”

Fiza Kamarudin
02/09/2020
07:26 MYT
Pelawak dan pelakon Mamak Puteh terharu melihat sokongan orang ramai terhadap premis perniagaannya, Round Island Café yag terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Kafe yang menjual pelbagai jenis makanan tersebut telah dirasmikan pada 30 Ogos lalu dan kehadiran orang ramai membuatkan Mamak terharu.
“Saya tak sangka ramai yang hadir pada hari pembukaan Round Island Café. Terima kasih kepada yang memberikan sokongan kepada kami.
“Sebenarnya saya gementar juga pada hari pembukaan tu, risau orang tak datang. Apapun Alhamdulillah, inilah memori terindah dalam hidup saya kerana selain sokongan padu orang ramai, Round Island Café juga mencatat sejarah tersendiri kerana memulakan operasi ketika kita sedang ‘struggle’ dengan pandemik COVID-19,” katanya kepada Gempak. Ketika ditanya mengenai kerjaya di pentas lakonan atau perniagaan yang akan menjadi fokus selepas ini, Mamak berpendapat, kedua-duanya perlu seiiring.
“Insha-Allah saya akan cuba seimbangkan kedua-dua cabang ini. Saya memang kena berusaha dan kerja lebih sikit sebab saya tahu bukan senang nak jadi senang.
“Inilah pengorbanan saya buat isteri dan anak-anak dan saya sedar saya perlu bekerja keras untuk mereka.
“Saya nak fokus cari duit untuk mereka untuk ‘back-up’ pada masa hadapan. Iyalah, masa akan datang kita tak tahu apa yang akan jadi,” katanya positif.
Round Island Café menjual pelbagai menu masakan seperti Western, Ikan Bakar, Sate, Roti Benggali Bakaq Daging Cincang, Nasi Dalca Mamak Daging, Mee Rebus, Char Koay Teow dan Sandwich.
Baca artikel berkaitan:
“Jujur, Saya Buka Kedai Makan Nak Tambah Pendapatan, Takkanlah Nak…” – Mamak
“Kalau Boleh Nak Cari Orang Kita La…” – Mamak Cari Pekerja
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Puteri Sarah Anggap Pentas Muzikal Lawak Superstar 4 Seperti ‘Fear Factor’ - “Kita Nak Cuba Cabar Diri Untuk…”

gempak
18/09/2024
08:55 MYT
Buat pertama kali, pelakon Puteri Sarah Liyana menyertai program realiti lawak, Muzikal Lawak Superstar 4 bersama kumpulan Gebu yang turut dianggotai pelawak Mamak Puteh dan Ilham Abata.
Hiburan

Atu Zero Dah Malas Nak Bertanding, Mahu Beri Peluang Kepada Pelawak Lain - “Jujurnya Saya Penat Sebab Rasa…”

gempak
17/09/2024
14:55 MYT
Pelawak yang juga salah seorang ahli kumpulan Zero iaitu Atu meluahkan rasa kesal apabila golongan pelawak dalam industri tanah air seolah-olah dipinggirkan.
Sukan

“This Is Not Her, She Can Do Way Much Better Than This,” - Jiggy

gempak
15/08/2024
14:00 MYT
Pelawak, pengacara dan pelakon, Jiggy akui isu suntingan foto pihak tidak bertanggungjawab terhadap isterinya, penerjun profesional negara, Dhabitah Sabri meninggalkan kesan emosi terhadap mereka berdua.
Hiburan

Pelawak & Hos Terkenal Dalam Proses Cerai Isteri Lepas 18 Tahun Kahwin

gempak
08/08/2024
21:55 MYT
Usia rumah tangga yang sudah melebihi 10 tahun bukan jaminan akan kekal. Begitulah yang terjadi kepada pelakon, hos dan pelawak terkenal Indonesia, Andrea Taulany dan isteri, Rien Wartia Trigina.
Hiburan

Kongsi Lirik Lagu ‘Makan Dalam', Entri Mamat Sepah Tuju Pada Siapa? - "Waktu Susah Kau Cari Aku, Waktu Senang ..."

gempak
06/08/2024
07:55 MYT
Pelawak terkenal iaitu Mamat Sepah mencuri perhatian apabila berkongsi lirik lagu ‘Hitam Manisan’ nyanyian asal kumpulan rock lagenda, Olan menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story).