gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Deepika Padukone Pelakon Wanita India Pertama Terima Bintang Hollywood Walk Of Fame!
HIBURAN
Adira Betulkan Salah Faham Isu Sangkar Kucing Sempit - "Saya Tidaklah Kejam..."
HIBURAN
Ulas Isu Husband Provider, Intan Najuwa; "Sebelum Kahwin, Saya Dan Suami ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

"Mama Miss You Memen" - Linda Rafar Rakam Lagu Buat Arwah Anak

Amri Hassan
Amri Hassan
19/10/2018
02:48 MYT
Sponsor Banner
"Mama Miss You Memen" - Linda Rafar Rakam Lagu Buat Arwah Anak
Bintang Gegar Vaganza 5 (GV5) Linda Rafar telah merakamkan sebuah lagu khusus buat arwah anaknya yang telah meninggal dunia empat tahun lalu, Rezaimin Keifli atau Memen.
Linda atau Azlinda Rafar, 40, pernah menyatakan sebelum ini dia ingin menghasilkan sebuah lagu untuk mengingati arwah anaknya itu.
"Al-fatihah Memen. Mama miss you. Empat tahun dah Memen pergi selamanya.
"Lagu ini khas untuk Memen," tulisnya bersama sepotong teaser untuk lagu terbaharu berjudul Satu Lagi ciptaan Edry KRU itu.
View this post on Instagram
Al-fatihah memen? mama miss u ? 2014-2018 4yrs dah Memen pergi selamanyaa...lagu ni khas utk memen..? Check it out @lindarafar lindarafar new single Satu lagi ciptaan Edry kru . @edryabdhalim Video @blckvisuals Mua @ynasakinah Shawl @ryanees2016 : #satulagibylr #lindarafarisback #prayformemen #menunggumudipintusyurga #novelmenunggumudipintusyurga #youtube #itunes #kkbox #joox #godownload #top5 #kru #krumusic #artisMalaysia #music #musiclirik ?
A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on Oct 18, 2018 at 7:32am PDT
Perkongsian menyentuh hati itu mencetuskan rasa sebak dalam kalangan netizen.
Malah, ada yang menjadikan lagu itu sebagai satu tribute buat individu yang telah kehilangan insan tercinta suatu ketika dahulu.
"Sedih lagu ni, rindu yang tak pernah terpadam. 2014 tahun yang sama ayah saya meninggal dunia akibat ketumbuhan otak," tulis pengguna yang dikenali sebagai @armaizan.
"Cannot la Linda. I can feel you dear, semoga arwah Memen ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. You are strong," tambah @fareen_faiqish.
"Kak Linda you are strong mom dan woman. Teringat momen dengan Memen, yang penting redakan ye Kak Linda," tulis @iamshashafly81.
Memen meninggal dunia pada 5 Julai 2014 akibat ketumbuhan kronik dalam perut.
Untuk rekod, Memen ialah anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan bekas pelumba kereta, Keifli Othman.
Topic Berkaitan
#Linda Rafar
#Memen
#Satu Kali
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement