,
Laman Utama

Malala Yousafzai Pertama Kali Datang Oscar, Selendang Atas Kepala Jadi Tumpuan

Maliah Surip
13/03/2023
16:00 MYT
Anugerah penghargaan berprestij, Academy Awards ke-95 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles menyaksikan tumpuan bukan hanya diberikan kepada para pemenang, tetapi juga jemputan yang ‘berjalan’ di karpet merah.
Seperti satu tradisi, selain mengumumkan pemenang, fesyen atau penampilan tetamu turut menarik perhatian.
Salah seorang tetamu yang menarik perhatian media adalah kehadiran figura bernama Malala Yousafzai. Malala yang cukup ikonik sebagai pemenang Nobel dan aktivis dan menjaga hak wanita malah hadir buat pertama kali dalam anugerah berprestij tersebut.
Kehadiran wanita yang pernah ditembak di kepala oleh Taliban kerana memperjuangkan hak pendidikan pelajar perempuan di Pakistan itu disifatkan lain daripada penampilan selebriti perempuan yang hadir apabila memakai dres lengkap selendang.
Diketahui dres silver lengkap selendang yang menonjolkan penampilannya itu dihasilkan dari rumah busana terkenal, Ralph Lauren.
Yousafzai, 25, mengaku teruja kerana diberi peluang berada di Oscar.
“Ia seperti mimpi, ini kali pertama saya di sini (Oscar). Terlalu ramai wanita yang hebat dan menarik hadir di sini membuatkan saya tidak percaya untuk turut berada di sini,” katanya seperti dilaporkan thenationalnews.com.
Dia juga menambah tidak sabar untuk bertemu dan melihat persembahan Rihanna.
“Saya tidak tahu apa akan jadi selepas bertemu atau melihat persembahan Rihanna,” katanya lagi.
Kehadiran Yousafzai di Oscar adalah atas tiket sebagai Penerbit Eksekutif Dokumentari Pendek, Stranger at the Gate. Dokumentari tersebut telah tercalon dalam kategori Dokumentari Terbaik Oscar.
“Karya ini adalah sebuah cerita yang sangat kuat tentang keampunan dan keinsafan. Saya sangat terhormat kerana dapat menjadi salah seorang penggerak karya ini,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Impian Dianggap Terlalu Tinggi, Meerqeen Sedih Pernah Dipandang Remeh - “Mereka Sepatutnya Menyokong..”

gempak
17/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Meerqeen akui sedih apabila pernah dipandang remeh oleh guru dan rakan-rakannya apabila hasrat dan impian nya dianggap terlalu tinggi untuk dicapai.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

“Saya Hanya Idamkan Trofi Oscar, Itu Impian Saya” - Meerqeen

gempak
06/09/2024
05:57 MYT
Pelakon, Meerqeen tidak melihat anugerah sebagai pengukur kejayaan dalam kariernya.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Michelle Yeoh Lakar Sejarah Sampaikan Pingat Kepada Pemenang 3m Papan Anjal

gempak
10/08/2024
00:45 MYT
Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah peribadi apabila buat pertama kali diberi penghormatan untuk menyampaikan pingat Olimpik Paris 2024 kepada pemenang acara terjun 3 meter (m) papan anjal.
Sukan

Dipuji Michelle Yeoh, Zii Jia & Aaron Chia-Soh Wooi Yik Dijanjikan SUV Oleh Chery Malaysia

gempak
06/08/2024
01:48 MYT
Kejayaan yang dilakar dari kem badminton negara pada Olimpik Paris 2024 terus mendapat perhatian.